Royal Botanic Gardens

This slideshow requires JavaScript.

Terletak berhampiran Sydney Harbour. Saya berjalan kaki dari St George Street, menuju ke arah Hyde Park. Dari Hyde Park, saya mencari tanda arah ke Royal Botanic Garden.

Di dalam perjalanan ke situ, saya melalui Art Gallery Of New South Wales. Terdapat taman-taman kecil berdekatan. Ramai yang beriadah, samaada berlari, bermain bola atau pun berlatih bertinju! Perbezaan di tempat sendiri, kalau pukul 12 tengahari, tiada siapa yang akan menjalankan riadah-riadah atau bersukan seperti di sini.

Tidak jauh kemudian, saya melalui Naval Dockyard. Di mana kapal perang Australia di baik pulih. Macam tu la yang saya sangkakan, sebab kapal-kapal perang di situ semuanya seperti sudah usang.

Bila sampai ke penghujung, ada satu “look out point”, lupa pula nama dia. Dari situ pemandangannya sungguh cantik. Ada nampak pulau kecil, kapal-kapal, Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge. Mula la mengambil gambar banyak-banyak untuk kenang-kenangan. Terus berjalan setelah melalui “look out point” akan sampai ke Royal Botanic Garden.

Banyak pokok-pokok yang cantik dan pelik. Bunga-bunga pun berjenis-jenis. Ada banyak jenis burung-burung di situ. Kalau ada masa dan rajin, bawa banyak-banyak biskut crackers. Tabur di atas padang berdekatan burung-burung kakak tua berwarna putih. Pasti anda akan menjadi tumpuan orang-ramai! Menjadi “Bird Person”! Ada burung di bahu, dan ada juga di atas kepala.

Kalau ada masa bentang kain safra, boleh berihat atau berpiknik di situ. Sambil melihat pemandangan laut, laman hutan buatan dan juga hutan besi yang mengelilinggi kawasan itu. Seterusnya, anda boleh melawat, Sydney Opera House!

Advertisements

Pertanyaan, pandangan atau komen dialu-alukan. Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s