Assalamualaikum semua.
Diperjalanan aku mencari rezeki, ini adalah kefahaman aku. Jika kurang tepat, sila tegur. Yang baik itu dari Allah S.W.T. yang kurang baik itu dari aku sendiri.
Rezeki aku tiada kena mengena dengan usaha (bekerja keras atau berniaga mati-matian) aku.
Pasti aku kena kecam😔. Sila baca hingga habis. Baru komen atau kecam.
Aku bagi contoh mudah.
Sekiranya aku berusaha keras, membanting tulang dan memerah otak, maka rezeki ku akan bertambah banyak? Mengikut pengalaman ku, tidak. Yang lagi menghairankan aku, ada waktunya, aku tidak berusaha pun, tetapi rezeki besar datang melayang jatuh ke riba, dari arah atau punca yang aku tidak jangkakan.
Dari pengalaman aku dan berkongsi ilmu daripada yang lebih arif dan berilmu dari ku, aku membuat kesimpulan, usaha tiada menjaminkan rezeki (duit, kemewahan dan yang seumpamanya).
Jadi, apa yang boleh menambahkan rezeki hamba-hamba Allah S.W.T.?
Yang aku faham dan temui, untuk menambahkan rezeki, terutamanya, berupa duit dan kekayaan, usaha di jalan Allah S.W.T. antaranya adalah:
1. Derma kepada yang memerlukan.
2. Doa pada Allah S.W.T. (Minta)
3. Solat Duha.
4. Menghormati kedua ibu bapa.
5. Bersyukur dengan apa yang ada.
Mungkin ada lagi amalan-amalan yang belum aku ketahui.
Soalan seterusnya, mengapa wajib aku berusaha, membanting tulang dan memerah otak dengan sebaiknya?
Kerana, itu adalah kewajipan dan tanggungjawab aku bila berada di Bumi Allah S.W.T. ini.
Sekarang, boleh bagi komen atau hendak kecam. Sekolahkan aku pun boleh. Aku masih mencari ilmu.
Digalakkan berbincang bersemuka dengan aku, supaya kurang timbul salah faham atau buruk sangka.
Wassalam.
Betul ke?
Di dalam rezeki-rezeki kita yang melimpah ruah ada hak orang atau golongan lain?
Jika kita percaya atau tahu, kenapa kita liat sangat hendak membantu insan atau golongan-golongan yang sedang memerlukan? (Sedangkan rezeki kita berlebih-lebihan)
Lihat sekeliling kita, mungkin ada adik beradik sendiri yang memerlukan bantuan. Entah-entah, jiran tetangga sendiri? Prihatin sedikit dan peka kepada masaalah atau kesusahan yang sedang dilalui oleh insan lain.
Agak-agaknya, sebab kita sendiri pun cukup-cukup makan sahaja, tidak bererti kita tidak boleh membantu. Gunakan tulang empat kerat kita untuk meringankan kerja harian yang memerlukan itu. Atau, bagitau insan-insan lain yang mungkin boleh juga membantu. Paling “POWER” berdoa la pada Allah S.W.T. semuga diberi bantuan kepada yang betul-betul memerlukan.
Cuba lihat sekeliling anda, masih tidak nampak golongan-golongan yang memerlukan? Saya percaya, anda bukan buta di mata, tetapi, buta di hati😢.
Buka mata hati anda dan lihat sekali lagi. Bantulah mereka sebaik-baiknya. In shaa Allah Tuhan akan balas anda dengan berlipat kali ganda!
Mengapa saya berkata sedemikian? Sebab di usia lanjut ini, sudah saya tempuhi dari kedua-dua sudut itu. Sebagai yang memerlukan bantuan, dan Tuhan hantar bantuan dari arah yang saya sendiri tidak sangkakan.
Adakah kita mesti dibantu dahulu? Baru kita hendak hulurkan bantuan? Mulakan sekarang, buat dengan terbaik, setakat yang termampu. In shaa Allah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah, hari ini dapat berjumpa seorang hamba Allah yang menceritakan perjalanan perniagaan beliau, yang penuh cabaran dan dugaan. Semuga ia menjadi, panduan, pedoman dan ikhtibar kepada semua bakal peniaga dan peniaga-peniaga semuanya. Saya dengar cerita ini dari mulutnya sendiri, setelah bertemu beberapa kali dengan beliau.
Berikut adalah kefahaman saya kepada penceritaan beliau.
Pada akhir tahun 2017, beliau telah dipaksa keluar dari syarikat yang dibina bersama-sama dengan rakan kongsi beliau. Beliau terasa terhina sungguh, rakankongsi yang arkab lagi rapat, iaitu adik sendiri, sanggup berbuat demikian. Bermula lah satu perjalanan yang penuh dengan tamparan dan penghinaan.
Tidak lama kemudian, pada tahun 2018, kontrak-kontrak dengan syarikat antarabangsa ditamatkan. Maka punca pendapatan makin meruncing. Keadaan makin tenat. Simpanan makin merusut. Pemikiran tambah kusut. Berbagai persoalan dan andaian menghantui beliau, sehingga hampir sesat diperjalanan yang lurus.😥😔
Sesungguhnya Allah S.W.T. itu Maha Mengetahui. Hamba Allah itu telah bertemu dengan seorang kenalan, yang menyarankan, beliau pergi Umrah. Sebagai, cubaan terdesak, beliau pergi Umrah, walaupun, keadaan kewangan sangat meruncing.
Dihadapan Qa’bah, beliau mengadu sepuas-puasnya kepada Tuhan. Selepas itu beliau berlapang dada, menyerahkan segala-gala kesulitan dan kesusahan yang dihadapi, berdoa, meminta Tuhan memberi hidayah dan bantuan. Doa seorang yang teraniaya penuh dengan perasaan dan sangat merendah diri. Mengikut beliau, ketika itu, sesuatu berlaku kepada beliau, namun dirahsiakan, kerana kejadian hanya untuk beliau yang mengetahui dan mengalami.
Balik dari Umrah, beliau bertekad untuk berusaha dengan lebih gigih, namun berlapang dada, rezeki itu hak dan ketentuan Tuhan! Usaha itu kewajipan beliau!
MasyAllah, seperti yang kita telah diceritakan dan dengar berulang-ulang kali, apabila Tuhan memberi rezeki, ia akan datang dari arah yang tidak dijangka. Seorang hamba Allah, yang beliau tidak berapa kenali. Kenal melalui kawan beliau, telah membantu beliau, membina perniagaan beliau tanpa meminta sebarang balasan! Memberi bantuan kewangan dan rangkaian kenalan antarabangsa! Bukan RM 10 ribu, atau RM 100 ribu, tetapi lebih RM 1 juta!!!😂😆
Beliau sangat-sangat bersyukur. Jika dulu beliau ambil lewa tentang ibadah, sekarang beliau akan sentiasa ingat dan menjalankan ibadah beliau dengan sebaik mungkin.
Kini perniagaan beliau sudah mula berkembang diluar Negara. Rezeki beliau bertambah murah. Tidak diduga sekali kehebatan mempercayai Tuhan dengan sepenuh hati! Redha!
Termanggu saya mendengar cerita beliau. Inilah yang saya sampaikan kepada semua usahawan-usahawan selama ini. Cuba selami dan fahamkan pengajaran di dalam cerita benar ini. Ada dua pengajaran besar di dalam cerita ini.
Pertama: Berdoalah pada Tuhan, dan minta lah dengan sepenuh hati apa yang dihajati. Tuhan sentiasa bersama kita.
Kedua: Apa yang kita asalnya sangka buruk lagi menghinakan, adalah sebenarnya, terbaik untuk kita pada waktu itu.
“Jalan terus, menuju jalan yang lurus”
Alhamdulillah, hari ini dapat berjumpa seorang hamba Allah yang menceritakan perjalanan perniagaan beliau, yang penuh cabaran dan dugaan. Semuga ia menjadi, panduan, pedoman dan ikhtibar kepada semua bakal peniaga dan peniaga-peniaga semuanya. Saya dengar cerita ini dari mulutnya sendiri, setelah bertemu beberapa kali dengan beliau.
Berikut adalah kefahaman saya kepada penceritaan beliau.
Pada akhir tahun 2017, beliau telah dipaksa keluar dari syarikat yang dibina bersama-sama dengan rakan kongsi beliau. Beliau terasa terhina sungguh, rakankongsi yang arkab lagi rapat, ia itu adik sendiri, sanggup berbuat demikian. Bermula lah satu perjalanan yang penuh dengan tamparan dan penghinaan.
Pada tahun 2018, kontrak-kontrak dengan syarikat antarabangsa ditamatkan. Maka punca pendapatan makin meruncing. Keadaan makin tenat. Simpanan makin merusut. Pemikiran tambah kusut. Berbagai persoalan dan andaian menghantui beliau, sehingga hampir sesat diperjalanan yang lurus.😥😔

Untuk menjadi jurujual yang berkesan, anda perlu tahu dan mempunyai kemahiran asas seperti berikut:
1. Memperkasakan dan Berpengetahuan Diri Sendiri
2. Cara Mencari Prospek Yang Strategik
3. Mengeratkan Jalinan
4. Mendengar Dengan Aktif
5. Komunikasi
6. Kuasa Menyoal
7. Pengurusan Masa
8. Pencegahan dan Pengendalian Bantahan
9. Persembahan dan Demonstrasi
10. Teknik Penjualan dan Mendapatkan Jualan
11. Pengurusan Perhubungan Selepas Jualan
12. Pengetahuan Produk
Mungkin ada di antara kamu yang boleh mencadangkan penambahan perkara-perkara yang penting untuk menjadi jurujual.
Adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi seorang jurujual yang berwibawa dan berjaya?
Semalam jumpa Roy.
Beliau cerita serba sedikit tentang perniagaan beliau:
1. Bisnes keluarga.
2. Ayah dia turunkan ke anak-anak.
3. Pertama kali ayah buat bisnes. Gagal!
4. Ayah teruskan juga, hingga bankrup!
5. Bisnes sudah lebih 20 tahun.
6. Hari Ahad sahaja cuti.
7. Sekarang jualan bulanan cecah RM 500 K sebulan.
8. Pelanggan terbesar terdiri dari yang lama. Yang sudah percaya.
9. Pekerja diutamakan.
10. Masih ada masaalah-masaalah baru untuk diselesaikan.
Ini la satu contoh, perniagaan turun temurun. Namun ramai anak muda kita dibuai mimpi, buat bisnes hari ini, esok dah berjaya dan kaya. Jika gagal kali pertama, cepat putus asa.
Wahai anak-anak muda harapan bangsa. Meh kita kupi-kupi😁.
Amalan-amalan Dan Kefahaman Mengikut Islam Untuk Membuka Pintu Rezeki Yang Halallan Toyibban.
Sepuluh peringatan dan perkongsian.
1. Segala-galanya kerana Allah S.W.T. Dahulukan Tuhan dalam segala apa yang kita fikir, cakap, lihat dan rasa. Mulakan dengan niat yang baik lagi bagus. Kenali dan fahami nama-nama Tuhan dengan lebih mendalam. Jadikan antaranya sebahagian hidup kita. Dengan izin Tuhan, hidup kita akan jadi lebih tenang, teratur dan bahagia.
2. Sayangi diri sendiri. 💓.Setelah Tuhan, kamu yang paling utama. Jaga kesihatan tubuh dan minda. Pelajari dan fahami, untuk mengambil zat Tuhan. Ikuti dan laksanakan Sunnah. Paksi kehidupan atau dunia kamu, adalah KAMU!
Fokus dan tanamkan azam dan semangat yang mendalam dan kuat menuju jalan yang lurus.
“Kamu tiada apa hendak dikongsi atau beri, sekiranya kamu sendiri serba kekurangan dan tiada apa-apa”.
3. Amalkan solat fardu awal waktu.🕌. Kita akan rasa tenang, teratur dan cukup masa.
Sering amalkan solat sunat Dhuha 2 rakaat. Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.
Setiap pagi mulakan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Jika sedang melalui ujian Tuhan, sentiasa istighfar dan berserah bulat-bulat padaNya. Merayulah pada Tuhan. Selepas itu solat subuh di awal waktu. Amalkan solat di Masjid atau surau.
4. Bersedekah. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.
Bersedekah dengan berbagai cara dan kaedah. Tiada duit, boleh sedekahkan masa atau tenaga. Sentiasa bersedekah dengan berterusan. Mulakan dengan senyuman yang manis😃.
5. Berdoa bersungguh-sungguh dan penuh dengan perasaan. Usah berdoa, meraung-raung jika yang kita doakan dan idamkan itu BMW atau Merc 😁. Setelah dapat dan faham untuk menyelengara dan penjagaannya mahal, baru kita meraung 😂. Minta (berdoa) pada Tuhan yang Maha Pemberi.
Berdoa bila-bila kita perlu dan di mana-mana yang sesuai. Buat dalam keadaan tenang dan tenteram. Khusus dan mempunyai jangka masa. INGAT! Dengan penuh perasaan!
6. Sentiasa mengingati dan sedekahkan AlFatehah untuk mak dan ayah, samaada masih hidup atau sudah meninggal. Kunjungi mereka kerap, untuk mendapat restu dalam hidup kita. Sentiasa prihatin kepada perasaan dan kehendak mereka. Laksanakan segala permintaan mereka selagi yang termampu berlandaskan Islam.
7. Sentiasa bersyukur pada Tuhan, sebab mengkurniakan banyak sangat nikmat di dunia ini. Setiap kali bangun pagi, terus ucapkan ‘Syukur Alhamdulillah terima kasih Allah S.W.T di atas segala pemberian Mu yang halal.’ Ringankan lidah menyebut ‘Alhamdulillah’ dengan semua kurniaan pada hari itu, samaada kelihatan baik atau buruk.
8. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah S.W.T. sehingga beribu-ribu kali. Buat dengan sedar. Kita ada banyak masa, lagi-lagi dalam kesesakkan lalu lintas atau menunggu seseorang.
9. Kurangkan perasaan benci, iri hati dan sombong pada insan lain. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
Sebelum tidur, lafaskan “Aku maafkan kamu kerana Allah Taala”.
10. Hidup diteruskan. Berdamailah dengan masa lalu kita, sekiranya ada yang masih membebankan dan mengganggu kehidupan seharian.
Kisah dahulu untuk menjadi teladan dan sempadan. Kisah masa akan datang, untuk kita perjuangkan. Kisah sekarang, menentukan masa akan datang dan mendewasakan kita dengan peristiwa-peristiwa silam.
Ayuh maju melangkah bersama-sama menuju kejayaan di jalan yang lurus.
Silak ‘LIKE’, ‘#SHARE’ atau ‘TAG’ orang yang anda fikir atau rasa akan mendapat manafaat nukilan ini. Terima kasih!
Oktober 2018. Nukilan Rostam Effendi (Coach Rostam). Yang sempurna itu Allah S.W.T. yang kurang sempurna itu dari saya.
“Jalan terus, menuju jalan yang lurus.”
Cerita ini benar dari sudut pandangan saya. Berkisar diakhir tahun 80an.
Coach Rik, dia dapat tempahan, lima buah komputer Quran dari Brunei. Ya, Coach Rik adalah peneraju komputer Quran di Malaysia! Boleh minta dia cerita berkenaan menjadi “peneraju” dalam bisnes.
Ketika itu, saya “expert” memasang komputer peribadi. Percaya atau tidak, saya belajar sendiri. Sehingga anak syarikat MIMOS dan sebuah Fakulti USM datang berjumpa saya ingin mempelajari teknologi “membuat” komputer peribadi berjenama sendiri. Ya, saya adalah bumiputera yang mempelopori “pembuatan/pengilangan” komputer peribadi di Malaysia.
Jadi, coach Rik pun hantar saya ke Singapura untuk menyiapkan lima buah komputer Quran tersebut. Masa tu ada tiga penjimatan, pemasangan sendiri, kos penghantaran dan cukai impot.
Nak jadikan cerita, perancangannya, saya sampai Singapura pagi, menaiki keretapi, siapkan komputer-komputer tersebut, dan malamnya saya naik keretapi, balik Malaysia. Kami menumpang sebuah gudang pengekspot komputer. Dapat jimat kos lagi. Satu perancangan mudah.
Tetapi tidak semudah itu, seperti “Murphys Law”, semua komputer-komputer itu bermasaalah. Dari pukul 7 pagi sampai ke petang, saya yang mahir memasang komputer masih belum dapat memasang dengan sempurna. Akhirnya saya dapati ada “compatibility issues”. Bergegas saya ka Sim Lim Square, masa tu macam Imbi Plaza di Malaysia.
Bila saya siapkan semua komputer-komputer tersebut, sudah hampir pukul 12 malam. “Pekerja” gudang tersebut sudah hendak tutup gudang. Saya pun menumpang rumah pakcik untuk bermalam di Singapura. Esok paginya saya siapkan pembungkusan komputer-komputer tersebut, dan masukkan ke dalam kontena untuk dihantar ke Brunei.
Saya pun balik ke Malaysia. Ada sedikit cerita cemas di Imigresen, tapi itu cerita lain kali, kalau ada yang berminat.😁.
Jadi, apa cerita ini bersangkut paut dengan dapat kredit dari pembekal perkakasan komputer dari Singapura? Cerita pendeknya, seperti ini….
Dua minggu kemudian, saya dapat panggilan dari Singapura. “Hello Mr Rose Tan, I am Devon from Singapore”. Itu lah mula titik perkenalan dan saya mendapat kredit untuk mengimpot perkakasan komputer dari Singapura.
Rupa-rupanya, pekerja gudang itu, adalah bos syarikat tersebut. Ini lebih kurang, kata dia sendiri, “I have never seen a Malay, comes to work at 7 am, work non stop till nearly 12 midnight. You did not eat, drink or even go to the toilet! Me and my partner wants you to sell our computer. We give you credit.” MasyaAllah!
Macam tu la cerita ringkas saya dapat kredit dari pembekal Singapura. Dan jika, kita jaga nama kita, hendak dapat pinjaman tunai pun mudah. Jaga lah nama kita dengan baik, in shaa Allah Tuhan pelihara kita.
“Jalan terus, menuju jalan yang lurus.”
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pernah dengar, anak tempatan berstatus bumiputra, dalam tahun akhir 80an mendapat kredit (hutang) dari pembekal Singapura berbangsa Cina?
Siapa berminat nak dengar atau tahu cerita tersebut? Jika kita percaya pada Allah S.W.T. perkara yang mustahil, pun boleh jadi.
Kalau berminat hendak tahu, saya akan coretkan cerita ini sekali lagi. Pernah suatu ketika dulu saya coretkan.
“Jalan terus, menuju jalan yang lurus.”
Salam sejahtera usahawan-usahawan semua. Semuga terus maju dan berilmu.
Kegagalan itu satu perspektif (pandangan). Ada yang kata, ia bukan kegagalan, tetapi satu cara untuk dielakkan jika mahu berjaya. Ada juga yang kata, belum rezeki kamu lagi, sebab orang lain buat macam kamu, elok je berjaya.
Nasihat dan pemikiran saya, bina dari kejayaan-kejayaan kecil. Mula dengan kaedah mengikuti “Trend”. Contoh, sekarang di pekan/kampung kamu, jualan ‘Teh Ais Kao’ sedang rancak jualannya, cari lokasi yang sesuai sampai dapat, dan buat yang sama.
Menjadi “peneraju” bukan mudah. Cuba berborak dengan generasi yang meredah hutan membuka kampung di tempat kamu. Tanya berapa ramai yang akhirnya masih di kampung itu dari jumlah asal peneroka “peneraju”? Tetapi lihat sekarang, berapa ramai yang makmur menjadi pengikut?
Memang benar, peneraju yang kental, berdaya tahan dan terus maju, in shaa Allah, akan mendapat imbuhan yang lumayan. Namun risiko mereka tinggi, berbanding pengikut, imbuhan mungkin kurang lumayan, tetapi berisiko rendah.
Ada sesiapa sudi berkenalan dan berbual dengan peneraju komputer peribadi bumiputra di zaman 80an? Saya sudi aturkan untuk berkongsi pengalaman dengan beliau 😁.
“Jalan terus, menuju jalan yang lurus”.