Dalam sedar tak sedar, sudah lebih setahun, aku tidak menulis di sini.
Doakan aku rajin kembali kemaskini dan menulis. Mungkin tahun lepas aku terkejut, umur ku cecah 60! Sekarang dah lebih dan sertai golongan warga emas, boleh la bagi pandangan dan buah fikiran seorang warga emas! Saya lagi suka, terma, Warga Purba. Apa rahsia di sebalik, Naga Purba?
Sedang mencari ide-ide untuk menjana pendapatan, khususnya yang sudah melewati umur 45 ke atas. Lagi fokus kepada warga emas. Maklum la, warga-warga emas ni, bukan senang hendak mendapat pekerjaan yang stabil dan berbaloi.
Sesiapa yang ingin membantu saya mencari jalan, boleh je hubungi saya dengan segera. In shaa Allah.
Sedang aku duduk-duduk menunggu azan Isyak, aku teringat apa yang terjadi pada aku, pada satu bulan Ramadan yang lampau.
Termenung aku ketika itu, Raya dah nak menjelang. Poket bukan nipis, berlubang lagi adalah. Dalam hati nekad, tahun itu, Raya apa yang ada sahaja.
Rasa-rasanya semua aku dah ikhtiar, tetapi belum ada rezeki. Teringat, hanya pada Tuhan aku boleh meminta. Tak susah pun nak meminta dengan Tuhan. Maka aku pasrah pada Tuhan, apa yang seadanya. Berdoa aku dengan penuh kepercayaan dan perasaan meminta bantuan.
Esoknya, aku terima surat. Buka-buka, surat penyata dari insuran Takaful. Alamak, nak bayar bulanan ni pun mungkin “miss”. Malang betul aku rasa. Bil-bil pun ada yang bertimbun. Kesian, isteri banyak membantu bayarkan.
Aku baca balik penyata insuran tu, nak tengok ada yang tertunggak? Masa tu kurang faham baca penyata. Esoknya, sebab ofis Takaful tu bawah ofis sahaja, singgah la, nak tanyakan status tunggakan, dan kalau tak dapat bayar, apa jadi?
Pegawai yang melayan aku tu memang membantu. Aku jadi bisu sebentar, mendengar penerangannya. Termanggu beberapa saat. Aku suruh dia ulang kembali. Dia kata, “begini bang, abang “tutup” je insuran abang ni. Abang dapat RM lapan ribu lebih tunai. Lepas tu abang mohon yg baru, bayar sebulan, abang dapat duit, dan abang dapat “coverage” yang sama”.
MasyAllah! Biar betul. Bila Tuhan hendak memberi rezeki, tidak tentu dari mana arahnya.
Berlinang air mata aku, dapat duit Raya.😢
Begitulah aku pandai ambil insuran, dan bila terdesak, aku “jual” balik (surrender value) .
Allah itu Maha Besar!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minta semua saudara mara, sahabat handai dan kawan-kawan semua kongsikan berita baik ini:
Program Diploma in Digital Entrepreneurship (DiDE).
Pendaftaran pada 17hb Ogos 2019 di MEATECH Bandar Baru Bangi.
# Anda mahu anak anda menceburi bidang yang boleh dilanjutkan ke ijazah sarjana muda? 👨🎓👩🎓
# Anda mahu anak anda berpotensi menjana pendapatan pada tahun kedua dia menjalani program Diploma ini?
➡➡➡Disini kami ingin berkongsi peluang belajar dengan Kolej Teknologi MEA yang menawarkan program Diploma Keushawanan Digital yang menjadi pilihan pelajar-pelajar terkini dan memberikan peluang kerjaya yang meluas 👩🏻🎓👨🏻🎓
▶ Kami boleh membantu dengan memberi perkhidmatan rundingan secara percuma
Daftar dan dapatkan diskaun 15% sekarang
👉👉👉 https://rostameffendi.com/hubungi/prapendaftaran-dide/
Pasti ini adalah TAWARAN TERBAIK untuk anak anda. Rugi tak dapatkan tau:
✔ Anda tidak perlu pening untuk mencari tempat tinggal anak dan trasnport anak anda kerana kami sediakan tempat tinggal yang selesa serta mempunyai banyak public transport untuk ke kolej ini.
✔ Anda tidak perlu risau berkenaan yuran pengajian kerana kami sediakan pelbagai saluran untuk menyelesaikan yuran pengajian seperti pengeluaran KWSP, PTPN, PTPK, dan lain-lain. Selain itu, kami juga ada tawaran biasiswa kepada yang layak!
✔ Anda juga tidak perlu risau perbelanjaan anak anda kerana kami akan mengajar dan mendidik mereka untuk membuka syarikat perniagaan seawal tahun kedua pengajian untuk mereka berpotensi menjana pendapatan sendiri malahan sehingga boleh menggajikan pekerja lain.
✔ Mereka bukan sahaja belajar cara berniaga yang betul, malahan cara berniaga yang berpotensi untuk berjaya sehingga jualan jutaan ringgit!
✔ Mereka akan banyak diajar secara praktikal untuk memastikan mereka dapat menguasai apa yang dipelajari.
✔ Mereka akan diajar oleh mentor yang telah berjaya dalam bidang masing-masing sehingga berpotensi ada jualan mencecah jutaan ringgit!
Daftar dan dapatkan diskaun 15% sekarang
👉👉👉 https://rostameffendi.com/hubungi/prapendaftaran-dide/
↗ Konsep belajar yang baru. Mendidik pelajar berdikari sambil mengembang potensi diri (Work Study Concept)
↗ Jurusan kreatif yang memberi peluang kerjaya yang cerah. Malah boleh buat bisnes sendiri seawal tahun pertama pengajian.
↗ Asrama disediakan. Bas percuma (Selangorku) juga boleh digunakan.
↗ Lokasi yang strategik. Hanya berjalan kaki ke stesen MRT yang terdekat.
↗ Yuran pengajian yang rendah dibanding dengan kolej lain yang menawarkan kursus yang sama.
↗ Diperakui oleh MQA dan agensi kerajaan yang berkaitan.
↗ Mentor terpilih yang telah berjaya dalam bidang masing-masing seperti
👍Suhaimi Sulaiman (bekas pengacara di TV3 dan Astro Awani) – https://www.facebook.com/suhaimi.sulaiman.773 ,
👍Abam Supir (Pengasas Kilang Kek) https://www.facebook.com/onniezurin.abu
👍Yusno (Pengasas Evenesis) https://www.facebook.com/yusno ,
👍Pn Nor Aini (Pengasas NMR Beauty & Wellness Centre dan bekas Kaunselor Bisnes di INSKEN) https://www.facebook.com/noraini.mohdrazeliii
👍En Shahizam Ibrahim (Pengasas GoTiket) https://www.facebook.com/shahizam.ibrahim
👍Chef Ustazah Wan Habsah (Pengasas Pes Chef Ustazah) https://www.facebook.com/ustazah.wanhabsah
👍Pn Lily Sabrina (Business Specialist BEACON at CEDAR, BisKaunselor , Trainer at Institut Keusahawanan Negara) https://www.facebook.com/profile.php?id=100001086429925
👍Jarum Terbang Cikgu Aminuddin (Pengasas Akademi Jarum Terbang – Kelas Jahitan) https://www.facebook.com/aminuddinbinidris
👍Mr Gahara – Ni Faiz (Pengasas Ruzz Gahara) https://www.facebook.com/nikmf
👍Coach Adam Daniel (Pengasas AdamScomed) https://www.facebook.com/coachadamdaniel
👍Coach Rik (Business Coach and Mentor at e2B Consulting Sdn Bhd, Former Master Coach & Trainer at MDEC, Former Coach at Cradle Investment Programme,Former Executive director at New Entrepreneurs Foundation (Yayasan Usahawan Baru) https://www.facebook.com/rik.ritakamal.sadiman
👍Coach Rostam (Biz Coach – Sales. Khusus dalam bab Minda) https://www.facebook.com/rostam.res.
Berminat nak tahu lebih detail tak untuk masa depan anak tuan/puan yang lebih cerah?
Reply ‘DIDE’ diruangan komen atau hubungi kami.
Daftar dan dapatkan diskaun 15% sekarang
👉👉👉 https://rostameffendi.com/hubungi/prapendaftaran-dide/
Daftar dan dapatkan diskaun 15% sekarang
👉👉👉 https://rostameffendi.com/hubungi/prapendaftaran-dide/
.
Daftar dan dapatkan diskaun 15% sekarang
👉👉👉 https://rostameffendi.com/hubungi/prapendaftaran-dide/
============================================
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh wasap kami sekarang 017 3432317. Kami akan kembali kepada anda dalam masa 48 jam. Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
“Jika Tuan/Puan mengambil tindakan yang wajar, ia itu mendaftar anak anda kedalam program ini, mungkin, ia dapat memberi masa hadapan anak anda yang lebih terjamin”. Keputusan ditangan anda!
Sebaik-baiknya kita kena pupuk daripada kecil lagi. Ketika anak kita lahir, kita dah buka akaun Tabung Haji atau ASB (simpanan jangkamasa panjang) dan yang seumpamanya. Buka dua-dua lagi bagus, atau lebih.
Kalau ada rezeki lebih, ambil insuran nyawa pun digalakkan. Untuk bayi, elok selepas umur satu tahun.
Dari mana punca nak dapat dana simpanan?
1. Ketika bayi lahir, ada yang memberi hadiah berupa wang tunai.
2. Lazimnya, Hari Raya Eidil Fitri, anak-anak dapat hadiah wang.
3. Hasil kerja keras kita sendiri, kita bagi sedikit hak untuk anak-anak sendiri.
Kalau dah lanjut usia, kata la, enam puloh tahun, boleh juga menabung. Kalau ada duit-duit lebih anak-anak bagi.
Kenapa dari dulu hingga sekarang, duit belum cukup-cukup untuk menabung? Ada kemungkinan, sebab tabiat menabung belum pernah dipupuk.
Mulakan la sekarang. Kalau boleh, tiga puluh peratus pendapatan. Kalau tidak, tiga peratus pun ok. Setiap tahun, tingkatkan satu peratus. Sehingga mampu menabung dengan maksima.
This is so so good … I do not know who wrote it, but never had I know these profound distinctions between *Intelligence* and *Wisdom*
Worth reading on …
1. Intelligence leads to arguments.
Wisdom leads to settlements.
2. Intelligence is power of will.
Wisdom is power OVER will.
3. Intelligence is heat, it burns.
Wisdom is warmth, it comforts.
4. Intelligence is pursuit of knowledge, it tires the seeker.
Wisdom is pursuit of truth, it inspires the seeker.
5. Intelligence is holding on.
Wisdom is letting go.
6. Intelligence leads you.
Wisdom guides you.
7. An intelligent man thinks he knows everything.
A wise man knows that there is still something to learn.
8. An intelligent man always tries to prove his point.
A wise man knows there really is no point.
9. An intelligent man freely gives unsolicited advice.
A wise man keeps his counsel until all options are considered.
10. An intelligent man understands what is being said.
A wise man understands what is left unsaid.
11. An intelligent man speaks when he has to say something.
A wise man speaks when he has something to say.
12. An intelligent man sees everything as relative.
A wise man sees everything as related.
13. An intelligent man tries to control the mass flow.
A wise man navigates the mass flow.
14. An intelligent man preaches.
A wise man reaches.
Intelligence is good
but wisdom achieves better results.
Semenjak kita kenal erti sekolah, kita dididik dan dipaksa memahami, jika buat kesalahan, kita akan dihukum. Ini meliputi darjah satu sehingga tingkatan lima.
Kurang bijak, masuk kelas yang setimpal. Bising, denda atau rotan. Berbagai peraturan dan pelbagai hukuman. Kita mesti berdisiplin. Untuk mencapai peringkat tersebut, kita dipaksa dan dilatih, tidak boleh buat salah atau kesilapan. Semuanya mengikut peraturan.
Kita dikehendaki patuh dengan peraturan-peraturan tersebut. Tiada tolak ansur. Sesiapa yang tidak mengikut norma-norma tersebut, dianggap nakal atau lebih teruk lagi, bakal sampah masyarakat. Di situ juga kita dikasta-kasta kan.
Tidak salah, jika mahu anak-anak kita berdisiplin dan menurut perintah. Ramai yang sokong, kerana sistem persekolahan masih sama setelah berpuluh tahun. Kita dimomokkan, tidak boleh buat salah dan silap. Lagi-lagi dalam mata pelajaran di sekolah tersebut.
Saya ingin menarik perhatian bahawa:
1. Cara perhubungan manusia berbeza. Cara memahami berbeza.
2. Perangai dan personaliti berbeza. Ada yang agresif dan ada yang pemalu dan sebagainya.
3. Latar belakang sosio keluarga berbeza. Cara kita dibesarkan berbeza.
Di sekolah-sekolah, catuannya hanya satu. Tajuk besarnya, tidak boleh buat salah. Jika salah, didenda. Pisikal sudah lumrah. Mental lagi bahaya.
Tidak perlu setuju atau sokong saya. Cuma fikirkan, diri sendiri ketika bersekolah dahulu. Ada kebenaran yang saya nyatakan? Perlu perubahan?
Untuk memberi kefahaman mudah, cuba bayangkan, ketika kita semua bayi dahulu. Sekiranya kita takut membuat kesilapan atau didenda kerana salah cara merangkak atau bertatih, bolehkah kita berjalan tegak sekarang? Atau kita diberi sokongan dan dorongan, masa kita mula merangkak dan bertatih? Kita dibantu supaya boleh berjalan cepat dan tegap. Tidaklah kita dihukum ketika itu?
Fikir-fikirkan. Jelas ketika kita membesar, untuk cepat memahami dan belajar apa jua pun, kita dibenarkan membuat salah dan digalakkan untuk maju.
Kenapa apabila ke sekolah kita tidak begitu? Secara amnya.
P/S: Saya menulis berdasarkan 80%. Pasti ada yang 20% dilayan dengan baik kerana mereka dianggap “berjaya” dan mengikut peraturan-peraturan sekolah yang disediakan.
Bukan senang hendak senang, ada yang kata.
Mencapai kebahagian lagi mudah. Kenapa?
1. Senang terpulang kepada seseorang individu untuk memberi makna atau menterjemah. Lagi banyak yang diperlukan untuk senang, mungkin lagi panjang masa atau banyak perkara perlu dilakukan.
2. Senang mengabungkan dalaman sendiri dan luaran. Dalaman adalah perasaan-perasaan yang menyokong kesenangan yang diidami. Luaran, berbentuk harta, pangkat dan lain-lain yang perlu dimiliki. Gabungan kedua-dua ini, boleh mencetuskan kehidupan yang senang.
3. Bagi saya, kebahagian hanya perlu perkara-perkara dalaman. Awas apa yang kita fikirkan. Antaranya, saya suka memperingatkan, jangan kira duit orang. Ini boleh menjadikan kita murung. Bersyukur dengan diri kita sendiri. Fokus kepada dalaman kita, iaitu kebahagian diri sendiri. Bahaya, jika kita bagi kuasa pada luaran, untuk kebahagian sendiri.
Pilihan di dalam diri anda sendiri.
Masih kurang faham? Mari bincang dengan saya.
Terima kasih kerana membaca sehingga tamat. Saya ucapkan syabas!
Teringat satu kisah ketika aku darjah enam. Setiap kali mengaji, ada seseorang tu akan mengejek aku, bermacam-macam, dari nama aku sampai keturunan aku, sehingga aku marah dan menangis. Hari-hari tanpa jemu aku diejek, dan sungguh gembira benar yang mengejek aku.
Kerana tak tahan, satu hari aku mengadu kepada mak aku. Sampai hari ini, aku ingat jawapan, sebenarnya soalan dari mak aku. “Mana lukanya yang sakit tu?”
Walaupun aku kurang faham, aku mula memahami percanaan minda aku. Keesokkan harinya, bila aku diejek, aku buat tak tahu sahaja. Aku abaikan terus yang mengejek tu. Dia seperti tiada. Tak sampai beberapa hari, ejekkan berhenti dengan sendiri. Dan tak lama kemudian, aku boleh nampak sipengejek muka tak puas hati. Padan muka! Bisik hati ku.
Di dalam hidup ku seterusnya, tanpa ku sedari, aku terus mencari dan mempelajari beberapa kaedah. Antaranya, dari buku-buku Neuro Linguistic Programming dan Mind Power! Pengajaran-pengajaran penting dari buku-buku ini, jika diamalkan, dengan mudah, kita dapat menyembuhkan “penyakit-penyakit” dalaman, seperti sakit hati, benci dan sehingga trauma atau “phobia”.
Biar aku terangkan dengan mudah:
1. Kita kena faham, perasaan-perasaan kita adalah dalaman. Yang menimbulkan perasan seperti sakit hati, benci dan sebagainya adalah luaran. Contoh, kita marah seseorang potong “que” ketika memandu. Perasaan marah itu adalah dalaman kita. Manusia atau kenderaan yang dipandu manusia itu adalah luaran kita.
2. Kita hanya ada kuasa kepada dalaman kita (atau dunia dalaman kita).
3. Kita tiada kuasa kepada luaran (dunia luaran) kita. Begitu juga, luaran tiada kuasa kepada dalaman kita.
4. Kembali kepada cerita di atas. Perasaan sakit hati aku itu, adalah dalaman aku. Apabila, aku berhenti memberi kuasa kepada pengejek (luaran), sakit hati itu tiada atau hilang.
5. Berhenti fikirkan sejenak. Sudah lah kena potong “que”. Hak kita telah diambil. 1 – 0. Kita sakit hati pula! 2 – 0! Silap haribulan, pemotong “que” happy-happy sahaja! 3 – 0!!!
Jika masih kurang faham, rajin-rajin lah bertanya.
Persoalan seterusnya, yang “mengenakan” kita itu adalah seseorang yang sangat rapat. Maka, sentiasa bengang dan bercelaru Perasaan dibuatnya! Lagi-lagi apabila terlihat mukanya! Ada banyak teknik untuk mengatasinya. Kebanyakkan teknik-teknik ini, tidak masuk akal. Boleh baca buku-buku yang aku rekomenkan.
Satu teknik mudah yang aku amalkan, adalah teknik “katun”. Contoh, aku sakit hati sehingga terganggu fikirkan ku, bila memikirkan kawan-kawan “baik” aku sanggup tak membayar hutang beratus ribu ringgit, sedangkan mereka mampu, dengan memberi alasan-alasan banggang! Apabila Teringat atau terserempak dengan mereka, aku ganti muka mereka di dalam fikiran ku, satu gambaran keldai katun yang banggang! Ia berkesan untuk aku. Kalau dulu, tengok muka mereka aku benci, sekarang aku nampak mereka sebenarnya, seekor keldai banggang.
Satu lagi teknik yang agak “advance” menggunakan “kunci-kunci” dalaman kamu. Yang ini, aku kena “demo” dan kongsi secara berdepan. Jika mahir menggunakannya, parut dalaman pun boleh hilang.
Selamat mencuba dan praktikkan. Cuba buat dan amalkan dua puluh satu hari berturut-turut.
Setakat ini perkongsian kita di pagi yang indah ini.
Yang baik itu dari Tuhan. Yang lemah dan kekurangan itu adalah aku.
Mungkin?
Percayalah, selagi nyawa dikandung badan, dan selagi tubuh usang ini, masih membara memperjuangkan, perkataan “gagal” belum lagi mempunyai makna mutlak dalam kamus diri.
Khas aku tujukan kepada yang masih muda, yang sedang kusut masai, hilang segala2nya atau apa sahaja rintangan kehidupan, NYAHkan!!! perkataan GAGAL itu dari kamus diri mu!
Lagi KHAS untuk sahabat-sahabat dan saudara mara insan-insan Allah S.W.T. yang sedang melalui rintangan dan cabaran, beri lah mereka sokongan dan bantuan. Ini kamu pula yang pijak mereka dan hina cerca usaha-usaha mereka.
Percayalah, demi masa akan menentukan segalanya. Kita lahir, membesar dan akhirnya pulang ke asal. Bagaimana kita tangani perjalanan ini penting secara menyeluruh. Bukan kerana titik-titik hitam dalam hidup kita, maka kita dilabel atau melabel, kita seorang yang gagal. Terlalu banyak yang Tuhan kurniakan kepada kita, untuk kita akur kepada perkataan “gagal”.
Jika tersungkur atau jatuh, bangun kembali! Kita manusia. Nak nangis kejap, boleh la. Lepas tu bangun, dan melangkah kehadapan. Yang terpenting dalam hidup kamu adalah diri kamu, Rasul kamu dan Tuhan kamu. Peliharalah ketiga-tiga ini dengan baik. In shaa Allah, kejayaan mutlak menanti kamu.
Pada tahun 1986, aku telah dikenalkan kepada “Psycho Cibernetics”. Masa tu tak berapa faham pun. Yang aku ingat, berkenaan:
1. Plastic surgeon yang hairan kepada perubahan atau tiada perubahan kepada pesakit-pesakitnya yang telah di perbaiki cacat-cacat muka mereka.
2. Satu kajian tentang pelajar-pelajar universiti membaling bola keranjang masuk ke dalam jaringnya.
3. Aku mula menyoal, perasaan itu di mana, dan mana lagi hebat? Perasaan atau minda?
Kemudian aku baca dan selidik lagi, baru aku baru nampak taliannya kepada Neuro Linguistic Programming, dan boleh dicari jalurnya kepada The Master Key (Sila berguru dengan yang memahami Islam, jika ingin mempelajari The Master Key). Kesannya, ia sangat berfaedah untuk aku. Sekarang, aku nak berkongsi dengan yang sudi dan memerlukan.
Jika ada sesiapa yang rasa hidupnya perlu berubah, atau sudah cuba merubah sekian lama, tetapi kurang impaknya, marilah join perbincangan aku, seperti di bawah ini. Mana tahu, Tuhan bagi jalan?