Program Berani Berniaga (PBB)

Satu initiatif AKAR, Program PBB1 ini adalah untuk:

Umur : 15 tahun ke atas. (Bawah 18 tahun harijadi tahun ini, 2017, mesti ada surat kebenaran bapa/ibu/penjaga).

Kesihatan : Tiada berpenyakit kekal pisikal atau mental. (Bila program ini sudah berjaya dengan lancar, in shaa Allah, yang berpenyakit pisikal atau kurang upaya akan di buat program khas. Yang berpenyakit mental, harap maaf, saya tidak dapat terima kerana kekurangan pada diri saya sendiri.)

Kelayakkan: Belum berniaga atau baru tahun pertama berniaga. Boleh mengira, membaca dan menulis. Boleh berbahasa lebih dari dua bahasa diberi keutamaan.

Kriteria paling penting: Anda mahu berniaga! Jika lautan api pun, anda sanggup rintangi! (Jangan cakap tak serupa bikin!).

Bayaran: Bila anda mampu. (Perjanjian dan kefahaman yang dipersetujui akan dimeteraikan. Kami juga alu-alukan pemberian, pembiayaan atau sedekah peribadi atau koporat untuk menjayakan program ini).                                                                                                                                   NOTA: Setelah tamat berkongsi ilmu selama 6 bulan, anda rasa tidak berbaloi, TIDAK perlu bayar apa-apa.

Aturcara Program:

Mac 2017 : Menerima applikasi dan menemuduga peserta-peserta PBB. Tidak lebih dari 10 peserta akan diterima.

April – Jun 2017 : Tidak kurang dari 6 hari kelas dan 6 hari coaching dan mentoring. Sessi-sessi ini wajib hadir. Sesiapa yang gagal hadir tanpa sebab yang dipersetujui bersama, akan disingkirkan dari program PBB. Peserta akan mula berniaga, selewat-lewatnya pada bulan Julai 2017.

Julai – September 2017 : Tidak kurang dari 12 hari coaching and mentoring. Peserta akan dibimbing untuk meningkatkan jualan dan mempunyai minda daya tahan untuk maju berniaga.

Akhir September: Program tamat, untuk peserta-peserta PBB1.

Lokasi Program: Ideastore, Bandar Baru Bangi. Kompleks Diamond.

Klik (Untuk mendaftar).

Sila hubungi saya, rostam.res@gmail.com atau whatsapp 019 2200044 jika mempunyai sebarang soalan atau kemushkilan.

PEMBIAYAYAAN: Sila bank in ke:

Rostam Effendi Training (SA0408516-A)

Maybank Islamic

No. Akaun : 5627 5968 4738

Kami dahulukan berbanyak terima kasih kerana sumbangan, sedekah dan sokongan semua untuk menjayakan program ini. Pastikan whatsapp atau email resit pembayaran kepada kami, 019 2200044 atau rostam.res@gmail.com. Jika ada salah dan silap, harap maafkan.

Advertisement