Wanita Pembunuh Kejam (Babak 3)

Aku sebagai pengintip upahan.

Hairan. Aku baru menerima panggilan dari seorang pemberita yang ingin perkhidmatan ku. Yang menghairankan, pemberita mahu aku mencari bukti, bahawa seorang banduan wanita tidak bersalah membunuh suaminya. Kisah pembunuhan ini disiarkan di suratkhabar beberapa bulan dahalu. Tajuk berita, aku masih ingat lagi, “Wanita Pembunuh Kejam”. Dan banduan itu mengaku membunuh suaminya. Lagi menghairankan, kenapa pemberita tersebut mahu menyibuk pasal banduan tersebut? Mungkin pemberita mahukan cerita yang lebih sensasi!?!

“Entah-entah pemberita itu acah-acah je?” fikir ku. Takpe petang nanti kita akan berjumpa untuk pembayaran pertama ku, membuka “Kes” siasatan ini. Best gak dapat kes macam ni, asyik kes suami curang je, yang aku dapat. Kekadang adalah, kes isteri curang. “Best… best” fikir ku lagi…..

Petang itu, pemberita itu muncul di pejabat ku. Tanpa banyak bicara, dia membayar duit pendahuluan untuk aku mula menyiasat. Dia memberitahu aku, untuk mencari anak banduan tersebut, kerana dia dikatakan ada di tempat kejadian. Aku tambah hairan, raut wajah pemberita itu sungguh serius, bukan seperti dia mahu mencari bahan untuk suratkhabar dia. Pemberita memberitahu aku nama dan alamat terakhir anak perempuan banduan itu. Tanpa berlenggah-lengah pemberita meninggalkan pejabat ku, meninggalkan aku termanggu.

Keesokan harinya, pagi-pagi aku sudah pergi menuju ke alamat yang telah diberikan. Mudah mencari rumah itu, berdasarkan alamat dan menggunakan GPS. Aku perhatikan dahulu dari jauh. Rumah itu ada penghuninya. Dari pemerhatianku, ada sebuah kereta dihadapan rumah itu. Elok aku berjumpa dengan penghuninya untuk memastikan samaada anak banduan itu ada di situ? Aku ketuk pintu rumah itu. Tidak ada loceng pulak. Aku ketuk lagi, masih tiada siapa membuka pintu. Aku beri salam, masih sunyi juga. Aku ketuk lagi kuat-kuat.

Tiba-tiba pintu terbuka sedikit. Aku pun memberi salam sekali lagi, tidak mahu, penghuni rumah ini bersangka buruk terhadap aku. Suara perempuan membalas salam ku. Aku pun bertanyakan, jika anak banduan itu berada di rumah itu? Tiada jawapan. Aku bertanya lagi. Perempuan itu bertanya, siapa kah aku? Seperti biasa, aku lebih senang berterus terang. Perempuan itu bertanya lagi, apa tujuan aku mencari anak banduan itu? Aku jawab dengan terus terang lagi, seperti mana kehendak pemberita itu. Baru la aku dibenarkan masuk.

Perempuan itu mengenalkan dirinya sebagai anak banduan itu. Tanpa berlengah, aku meminta kebenaran untuk mendengar cerita dari pihaknya. Mula-mula dia hanya diam membisu sahaja. Seperti ada sesuatu yang membuat dia gelisah. Aku pujuk dia lagi, dia masih berdiam. Walaupun baru sahaja tidak sampai sepuluh minit, aku rasakan begitu lama sekali, namun dia hanya membisu dan kelihatan gelisah. Aku dapat rasakan, sesuatu yang tidak kena. Seperti ada rahsia besar yang dia sembunyi dan dokong seorang diri selama ini.

Aku beri dia masa lagi. Aku tidak mahu mendesaknya. Aku pun berdiam diri, ingin mententeramkan keadaan dan juga dia. Setelah beberapa ketika dia seperti makin tenang. Namun kelihatan, air mata mula berlinang di sudut matanya dan mengalir jatuh ke pipi. Walaupun aku tidak faham keadaan itu, tetapi bisikan hati ku memberitahu aku untuk terus diam. Aku hanya memerhatikan dia. Aku cuba tidak merasa apa-apa. Aku harus fokus kepada tujuan sebenarku di situ.

Perlahan suaranya dan tersekat-sekat, ingin memberitahu sesuatu. Aku suruh dia bertenang lagi. Apabila dia makin tenang, dan suara kembali seperti biasa, dia berkata, dia sudah tidak tahan menanggung “rahsia” kejadian itu lagi. Dia membisu sekian lama, kerana janjinya kepada ibunya itu. Tetapi sekarang dia sudah tidak tahan menanggung beban “rahsia” itu. Dia berhenti bercakap sejenak, sebelum memulakan ceritanya.

Pada malam kejadian itu, dia mengimbau kembali dengan jelas apa yang berlaku. Ayah tirinya balik lewat, mabuk, seperti biasa. Dia dapat dengar, ibunya bertengkar dengan ayah tirinya. Dia terasa tidak bermaya, tidak dapat membantu ibunya. Hanya boleh menutup telinganya, tidak mahu mendengar pertengkaran itu, yang kebelakangan ini kerap berlaku, saban lewat malam. Tiba-tiba pertengkaran berhenti. Keadaan malam hening buat seketika. Dia fikir, mereka telah berhenti bertengkar. Dia mahu tidur, bermimpi yang indah-indah, jauh dari realiti.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka luas, ditendang dari luar! Ayah tirinya kelihatan bengis di muka pintu. Dia hanya tergamam. Ayah tirinya memeluknya dengan rakus, dan dia menolak dengan sekuat hatinya. Dia ditampar oleh ayah tirinya. Di dalam suasana kelam-kelibut itu dia dapat mendengar, ibunya menjerit-jerit menyuruh ayah tirinya berhenti. Dia terus melawan ayah tirinya, dan dia terus ditampar dan sepak terajang, hingga dia separa sedar. Ibunya juga cuba menolongnya dengan berpaut kepada ayah tirinya. Ketika itu dia mengambil kesempatan untuk merangkak ke ruang tamu hinggalah ke dapur. Dia dapat melihat ayah tirinya memukul ibunya hingga pengsan. Kemudian ayah tirinya menerajangnya pula, dan dia cuba terus melawan, hingga dia tidak sedar diri.

Dia berhenti bercerita, kelihatan wajahnya begitu sedih sekali. Perasaan ingin tahu ku memuncak. Tapi aku tetap diam. Memberi ruang untuk dia bertenang dan menyambung ceritanya. Setelah beberapa saat, dia meneruskan ceritanya.

Dia hanya sedar, beberapa ketika kemudian. Dia terkejut, melihat tubuh ayah tirinya berlumuran darah di atas lantai dapur. Tubuh itu kelihatan kaku dengan sebilah pisau dapur terbenam di dada. Ibunya juga seperti kaku, tapi kelihatan bernafas. Dia binggung, dan mencabut pisau yang terbenam di dada ayah tirinya. Ternyata, dia sudah mati. Ketika itu, ibunya pun sedar. Ibunya bertanya, apa yang berlaku? Dia sendiri tidak tahu, dia hanya berdiam diri, masih memegang pisau berdarah itu. Tiba-tiba, ibunya mengambil pisau tersebut, dan menikam tubuh kaku ayah tirinya bertubi-tubi.

Ibunya kemudian memeluknya. Di dalam suasana kebinggungan itu, ibunya memberitahu dia, supaya tidak memberitahu sesiapa apa yang sebenarnya terjadi. Ibunya berkata, dia akan mengaku membunuh suaminya sendiri. Dia hanya berdiam diri, masih kebinggungan. Dia trauma, tidak berapa ingat apa yang terjadi. Antara sedar dan separa sedar, dia teringat cebisan memori, anggota polis di rumahnya. Ambulan mengambilnya, dan dia di hospital. Dia juga tidak dibenarkan hadir ke mahkamah, dengan alasan ibunya, dia di bawah umur dan juga untuk melindunginya.

Hingga lah disaat ini, dia masih tidak ingat apa yang sebenarnya berlaku. Adakah dia yang menikam ayah tirinya?

Setelah mendengar ceritanya, aku mempunyai beberapa andaian. Mungkin ibunya benar-benar telah membunuh ayah tirinya? Tetapi anaknya sendiri melihat dia pengsan di pukul. Mungkin anak tiri itu, sedang mempertahankan dirinya, telah menikam dan membunuh ayah tirinya? Mungkin…. mungkin sebab itu ibunya berkorban untuk melindungi anak kesayangannya itu?

Buat masa ini, aku hanya dapat melapurkan kepada pemberita, apa kah cerita yang aku dapat dari anak banduan itu. Mungkin aku akan terus menyelidik. Timbul perasaan belas kasihan ku kepada banduan dan anaknya.

Sambungan Wanita Pembunuh Kejam (Babak 4) – Aku sebagai pembunuh.

Advertisement

2 comments on “Wanita Pembunuh Kejam (Babak 3)

Pertanyaan, pandangan atau komen dialu-alukan. Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s