Wanita Pembunuh Kejam (Babak 2)

Wanita Dipenjara(Gambar ini sebagai hiasan sahaja)

Aku sebagai pemberita.

Dah berpuluh tahun aku menjadi pemberita. Bermacam-macam perkara telah aku liputi. Ada cerita gembira, duka, sensasi dan sebagainya. Itu la gaya hidup yang aku pilih sendiri. Setiap hari dengan warna dan nafas baru.

Hari ini, aku ditugaskan meliputi kehidupan banduan penjara wanita di sebuah bandar berdekatan. Seperti biasa, aku sungguh ghairah dan seronok, ingin menyelam dan mendapatkan kisah-kisah benar dan pastinya sensasi! Kalau tidak, macamana nak laku surat khabar di mana aku bekerja?

Setelah melalui pusat-pusat kawalan dan protokol memasuki penjara tersebut, aku dibenarkan untuk menemuramah beberapa banduan.  Ternyata, terdapat cerita-cerita yang mengkagumkan dan menyayat hati. Bagaimana banduan-banduan tersebut terjebak di dalam kegiatan maksiat dan jenayah kejam.

Aku termanggu apabila bertemu banduan terakhir yang bakal aku temu ramah. Aku ingat beberapa bulan sudah, aku menulis cerita banduan tersebut, sebagai “Wanita Pembunuh Kejam”, berdasarkan pengakuannya bersalah di mahkamah pada hari dia disabitkan kesalahan dan dihukum penjara seumur hidup. Dia kelihatan lebih tua daripada umurnya.

Buat seketika, aku tidak tahu bagaimana hendak mula menemu ramah banduan tersebut. Aku cekalkan hati, dan bertanya tanpa perasaan, kenapa banduan tergamak membunuh suami, dan macamana banduan boleh terjerumus di dalam kanca maksiat pelacuran? Banduan memandangku, namun aku tahu, dia memandang lebih jauh dari wajah ku. Mungkin pandangan banduan ke masa yang silam. Dia bertanya, samaada aku betul-betul ingin tahu? Aku mengangguk-angguk dan menyediakan perakam suara MP4 aku. Dia pun mula bercerita…..

Setelah kematian suami pertamanya, dia telah berkahwin lagi beberapa tahun kemudian. Dengan mendiang suami pertama dia dikurniakan seorang anak perempuan. Beberapa bulan pertama perkahwinannya dengan suami kedua, memang sungguh romantis dan bahagia. Tetapi…. semua kebahagian itu terhenti dan terkubur hanya beberapa bulan kemudian…..

Suami keduanya itu, yang mula-mulanya sungguh romantis dan lemah lembut, rupa-rupanya seorang insan yang tidak berhati perut….. Dia dipaksa untuk menjual tubuhnya oleh suaminya itu! Bertahun berlanjutan, dia tetap sabar dan tabah, kerana membesarkan anak perempuannya yang sangat disayangi. Itu lah satu-satunya sebab dia terus hidup bergelumang dengan dosa dan ketakutan, kerana suaminya mengugut untuk membunuh anak perempuannya jika dia cuba berhenti atau melarikan diri dari pekerjaan terkutuk itu……

Aduh! Terasa sakitnya jantung ku, seperti ditusuk sembilu….. Menyesal aku menulis rencana “Wanita Pembunuh Kejam”. Aku lah yg kejam! Itu lah laungan hati ku…. aku terus mendengar cerita sibanduan….

Apabila umur dia menjangkau akhir 40 an, pelanggan pun sukar hendak membayar “servisnya”. Pendapatan amat berkurangan, dan si suami itu mula berang. Pada suatu hari, si suami dalam keadaan marah dan mabuk, telah mengugut untuk menjual tubuh anak tirinya sendiri, mengantikan emaknya yang sudah tidak laku….. Apabila si suami tertidur kerana terlalu mabuk, maka dia pun menikam suaminya hingga mati, demi menyelamatkan anak perempuan kesayangannya itu…..

Saya terkejut, dan bertanya, kenapa tidak diberitahu di mahkamah? Jawapannya hambar sahaja, “Siapa yang percaya pelacur tua?” Lagipun, sambungnya, dia melakukan pembunuhan itu demi menyelamatkan anak kesayangannya dari “binatang buas” itu. Maka dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Tidak cukup dengan dugaan seperti itu, dia juga didapati HIV positive……

Pandangan aku berubah, dari memandang seorang pelacur tua dan pembunuh kejam… kepada seorang wanita yang tabah dan gigih mempertahankan kehormatan anak perempuannya yang tersayang. Aku menyesal, sebak dan kagum…..

Sambungan Wanita Pembunuh Kejam (Babak 3) – Aku sebagai pengintip upahan.

Advertisements

2 comments on “Wanita Pembunuh Kejam (Babak 2)

Pertanyaan, pandangan atau komen dialu-alukan. Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s