Aku yang terbunuh.
11 50 malam : Jantung ku berhenti berdenyut.
11 55 malam : Nyawa ku meninggalkan jasad ku.
12 00 malam : Budak gila tu menikam tubuh ku yang sudah tidak bernyawa.
12 15 pagi : Isteriku menikam tubuh ku bertubi-tubi ……
Ermmm…. Apa mereka semua dah GILA!!!! Dah mati pun nak bagi MATI lagi??? Aku cuba mengingat kembali apa yang terjadi?
11 40 malam : Dalam keadaan mabuk aku terkena serangan jantung. Tak lama kemudian, jantung ku berhenti berdenyut.
Tak sangka, berakhir hidup ku seperti ini…
Ketika zaman kanak-kanak ku, aku seperti kanak-kanak lain. Periang, sedikit pemalu dan tidak mengambil kira hidup sebenarnya. Kedua-dua ibu-bapa ku, orang Bandar biasa, hidup sederhana. Boleh dikatakan aku dari keluarga bahagia dan hampir sempurna.
Aku membesar di Kota ini. Semakin dewasa, aku semakin memahami, liku-liku hidup yang kelihatan, kurang kelihatan dan tidak kelihatan di dalam Kota penuh sandiwara ini. Semasa di bangku sekolah, aku pelajar sederhana, samaada dari sudut ilmiah atau kesukanan. Banyak kenangan manis pada waktu zaman persekolahan. Terpahat di dalam ingatan ku “Those innocence years..”
Zaman mula bekerja, aku terasa seperti ada sesuatu kekosongan dalam hidup aku. Perasaan tidak puas. Seakan-akan satu penderitaan menyelubungi ku. Nasihat kedua orang tua ku, berbunyi tidak kena, hambar. Dasar pemikiran ku mula berubah. Tanpa ku sedari, aku mula hanyut mengikut arus kehidupan di waktu remaja. Tidak lama kemudian aku berjinak dengan arak dan penyalah gunaan dadah.
Berkali-kali aku cuba kembali ke pangkal jalan. Namun tak terdaya.
Namun…
Pada suatu hari ….
Aku terjumpa dan berkenalan dengan seorang wanita yang aku anggap hebat. Dari segi, perwatakan sempoi, rupa yang menawan, tubuh yang menghairahkan dan sungguh terbuka mindanya. Aku jatuh hati padanya, seorang wanita yang bergelar “Isteri Orang”! Aku jatuh hati, kes teruk! Pergghhhh..!! Aku sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya….
Aku pasti, sekira dia milik ku, aku akan menjadi insan yang sempurna. Aku akan berubah menjadi baik.
Memang aku tak menyangka, tangan ku tak bertepuk sebelah. Cewah! Persetankan suaminya, bukan ada di rumah selalu pun? Dah ada anak seorang, tapi jarang-jarang ada di rumah. Aku mulakan perancangan ku yang terperinci. Ketika suaminya ada di rumah pun aku akan melawat, konon-konon menolong-nolong mana yang boleh. Memandangkan aku lagi muda dari suaminya dan juga wanita idaman aku itu, maka suaminya tidak mengesyaki apa-apa. Malah suaminya selalu berterima kasih pada ku, tengok-tengokan keluarganya.
Hidup ku seperti di awang-awangan. Aku tidak rasa bersalah pun, walaupun aku “suami” kedua. Minggu menjadi bulan, dan bulan menjadi tahun……
Aku sudah tidak minum minuman keras. Dadah pun aku tak heran lagi. Aku ketagih pada wanita idaman ku!
Tanggal 30 hb Disember 1979, hari yang tidak akan aku lupakan. Pada hari itu, aku dikejutkan dengan permintaan, kekasih dan buah hatiku, untuk membunuh suaminya! Pada ku, semata-mata untuk mendapatkan duit insuran RM 50 ribu ringgit. Apa aku kisah, aku sedang dibuai CINTA dan ASMARA tahap DEWA! Dengan mudah aku laksanakan. Suaminya “terbunuh” di dalam suatu kemalangan jalanraya.
Tak lama kemudian, aku menjadi suaminya yang sah. Hidup ku bagai di syurga dunia! Saban hari bergembira, tidak risau akan esok. Esok seperti tidak akan datang.
Tetapi esok tetap datang. Usia ku menjangkau bulan, tahun dan puluh tahun. Syurga dunia ku mula berubah, bila wang… duit … makin kurang…. Fikiran ku kusut, hati ku gundah. Aku mula minum kembali. Dan jika ada duit aku ambil dadah merbahaya. Seakan “realiti” membongkar rahsia hidup ku. Aku bagaikan anak kecil yang tak memahami apa-apa. Hidup ku menjadi kabur.
Mungkin. Mungkin ketika itu aku mula paranoia. Isteri ku mungkin merancang untuk membunuh ku. Mungkin dia merancang dengan anak perempuannya. Anak perempuannya pun sudah remaja. Kebelakangan ini ada teman lelaki. Aku tengok macam tak betul je teman lelaki dia tu. Ermm… apa aku kisah?
Di dalam dunia aku yang gelap dan samar itu, aku seperti dalam mimpi, bila isteriku memberitahu ku, dia menjual tubuhnya untuk mendapatkan wang! Apa ini? Fikiran kusut ku menjadi tambah gusar. Aku menyayanginya. Dalam keadaan yang terumbang-ambing itu, aku selalu menemaninya, menjual tubuhnya. Aku relakan, sebab aku dapat ganjaran juga. Aku dapat wang untuk beli arak dan dadah!
Samaada aku sedar atau tidak, aku mula tak percaya pada isteriku. Anak tiri perempuanku itu pun dah mula biadab dengan ku. Dalam keadaan khayal atau mabuk aku pukul mereka berdua. Di dalam fikiran ku, mereka mahu membunuh ku. Mereka berpakat untuk membunuhku dan mendapatkan duit insuran nyawa ku? Mungkin… mungkin…
Pada hari aku mati itu…. Aku baru keluar dari lokap. Dalam lokap itu, aku di beritahu, aku telah dijangkiti AIDS….
great story….actually tergelak melihat tarikh tu.
Tarikh kalendar Mayan….???
bukan tarikh kalendar Mayan…….it brings back lots of memories to me. If we can turn back time and try to accept.
I melawak la. Sorry ye?