Gambar ini sebagai hiasan sahaja.
Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada berkaitan dengan sesiapa yang hidup atau mati. Semoga cerita ini dapat dijadikan tauladan dan panduan kehidupan kita sendiri. InsyAllah.
Aku sebagai pembaca surat khabar.
Memang setiap pagi aku membaca surat khabar. Makin lama, aku semakin sedih dan kekadang terlalu negatif tentang kehidupan, berdasarkan paparan-paparan berita dari seluruh negara. Tapi entah kenapa, diri ini terasa tidak sempurna dan puas hati kalau tidak membaca surat khabar setiap pagi.
Pagi ini, terdapat satu tajuk dan cerita yang menarik dan menjelekan ku. “Wanita Pembunuh Kejam”, tajuk berita terpampang. Aku terus membaca. Seorang wanita berumur lingkungan akhir 40 an telah didapati bersalah, membunuh suaminya dengan kejam! Mendiang suami telah mati ditikam tidak kurang dari 20 kali.
Lagi menjelekan ia lah pekerjaan wanita tersebut, sebagai seorang pelacur murahan….
Wanita tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, setelah dia mengaku membunuh suaminya dengan kejam. Terselit juga, di rencana tersebut, wanita jelek dan kejam itu dijangkiti AIDS.
Di dalam hati ku, mengutuk keras wanita tersebut, dan padan muka dia dibalas di dunia ini dengan AIDS dan penjara seumur hidup di atas perbuatan kejam dan pekerjaan jeleknya! Ada juga balasan dan hukuman setimpal di dunia ni, fikir ku.
Sambungan Wanita Pembunuh Kejam (Babak 2) – Aku sebagai pemberita.