Cerita ini rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Semoga menjadi panduan kehidupan. Bukan berdasarkan dari sudut betul atau salah, hanya sekadar berkongsi kemungkinan cerita tersebut.
Ada seorang ibu, yang sangat menyangi keluarganya. Lagi-lagi anak perempuanya, seorang, yang sedang bersekolah tingkatan lima. InsyAllah, anak itu akan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan SPM, berkat kegigihan usahanya belajar dan doa ibunya itu.
Suaminya gigih mencari nafkah halal, dengan bekerja dua pekerjaan. Siang menjadi kerani di sebuah syarikat kecil, dan malam menjadi jaga di sebuah kilang. Pengorbanan seorang suami dan bapa untuk menjamin kehidupan selesa keluarganya. Namun, sebagai seorang isteri yang menyayangi suaminya, dia sedih melihat keadaannya suaminya yang terpaksa bekerja keras demi keluarganya itu.
Ibu ini, sentiasa risau, tentang masa hadapan anaknya. Dia bimbang kalau-kalau anaknya hidup susah seperti dia. Dia mahu yang terbaik untuk anaknya. Dia mahu anaknya masuk universiti dan berjaya di dalam akademik dan kehidupan dunia dan akhirat.
Suatu hari, si ibu telah membaca tentang “Kuasa Doa”. Maka diamalkan cara-cara mudah untuk mengunakan “Kuasa Doa”. Ia itu, pertama, berdoa pada Allah S.W.T. Kedua, percaya pada Allah S.W.T. seratus peratus. Ketiga, menerima Qada’ dan Qadar. Si ibu pun berdoa, ” Pada bulan Disember ini, beri lah aku RM lima puluh ribu”.
Diamalkan setiap hari dan waktu. Semoga dengan RM lima puluh ribu itu, dapat membantu mengurangkan beban suaminya, dan anak kesayanganya dapat melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi. Si ibu tidak berhenti berdoa pada Allah S.W.T. Dia percaya Allah S.W.T. seratus peratus. Dia sanggup menerima Qada’ dan Qadarnya…….
Pada bulan Disember itu, datang seorang hamba Allah S.W.T. telah datang dan memberi sekeping cek bernilai RM lima puluh ribu kepada keluarga si ibu itu. Si ibu, hanya boleh meraung menangis dan tidak sanggup menerima cek tersebut…. Luruh hancur hati seorang ibu, bertanya haruskah dia menerima Qada’ dan Qadarnya?
Kerana… pada hari terakhir, anak perempuannya mengambil peperiksaan, ketika melintas jalan di depan sekolahnya, dia telah dilanggar oleh sebuah lori yang dipandu dengan laju. Anak kesayangannya itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Pihak sekolah, telah membeli insuran kemalangan untuk semua anak muridnya sebanyak RM dua puluh lima ribu, dan jika Ā kemalangan itu menyebabkan kematian, bayaran dua kali ganda akan diberi.
APA KAH KEFAHAMAN KITA TENTANG CERITA INI?