Malangnya Ali dan Ahmad.

Bermula la cerita, ketika Ali dan Ahmad sedang menyeberang jalan. Malang tidak berbau. Ditengah-tengah jalan, kedua-dua mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta….

Kedua-dua mereka pun dikejarkan ke hospital berdekatan. Kebetulan kedua-dua mereka telah patah kaki kanan.

Setelah para doktor dan jururawat bertungkus-lumus merawat kecederaan mereka, mereka berada di dalam keadaan stabil. Mereka pun ditempatkan ke dalam sebuah bilik yang sama.

Ketika mereka berbual-bual, mengenang nasib mereka yang malang, maka datang la Cik Siti yang genit manis datang melawat. Cik Siti memang suka pada Ali, tapi meluat dengan Ahmad.

Masuk kedalam bilik, Cik Siti, terus ke sebelah katil Ali. “Kesian kamu Ali. Takpe la, Allah sedang menduga kamu. Pasti ada hikmah kejadian ni. Banyak bersabar ini hanya cobaan”. Panjang la mengomel Cik Siti pada Ali. Ali hanya mendengar celoteh Cik Siti.

Sudah penat mengomel, Cik Siti pun nak balik. Senyuman manis dilemparkan pada Ali. Ketika melalui katil Ahmad, Cik Siti sempat berkata-kata dengan nada yang rendah tapi sinis. “Padan muka kamu Ahmad! Allah balas dan hukum kamu. Jelas Allah laknat kamu!”

Terpingga-pingga Ahmad, dan Cik Siti pun bergegas meninggalkan mereka berdua.

Soalan saya, ”Apa yang anda faham akan cerita ini?” Fikirkan sejenak lagi…. bincang dengan kawan-kawan, apa pengajaran yang boleh dikongsi?

Advertisement

4 comments on “Malangnya Ali dan Ahmad.

    • He he he…. Nama generic kot? Kan ramai CT. Itu hanya cerita rekaan untuk meperingati diri saya, supaya jangan “bias” kepada sesiapa, walaupun org yg saya anggap “musuh”….

  1. Bagi saya ini soal pegangan dan kepercayaan. Kita biasa meletakkan sesuatu kesusahan sebagai ujian bagi sesuatu / keadaan / orang yg kita suka. Tapi bila kena pada sesuatu yg tidak kita sukai, kita mudah sekali melihat pemberian Allah itu sebagai balasan. Di mana kepercayaan kita yg Allah nyatakan bahawa setiap kedukaan, kesusahan itu penghapus dosa dan siapakah kita utk melabelkan sesuatu pekara itu ujian atau balasan sedangkan setiap detik dalm hidup kita pun dalam kententuanNya.

Pertanyaan, pandangan atau komen dialu-alukan. Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s