Cerita Ipin Dan Rostam

Pada suatu masa dahulu, di kampung Kanchong Darat, Banting, bermula la kisah Ipin dan Rostam.

Ipin kaki bangku. Ini adalah berdasarkan apa kawan-kawan Ipin kata. Rostam mewakili Sekolah Menengah Sains Selangor dalam permainan ragbi. Jadi kapten pasukan ragbi lagi.

Ipin dizaman remaja pernah dipanggil “Muka pecah pintu” oleh seorang gadis. Rostam diminati secara rahsia oleh gadis-gadis. (Perasan kan?)

Ipin kelulusannya hanya sampai SPM sahaja. Pernah dapat nombor corot dalam peperiksaan sekolah menengah! Rostam belajar luar negara, di Northern Illinois University, De Kalb, USA,  jurusan Sains Komputer dan Ekonomi. Double major!

Ipin pernah kerja basuh kereta, sembelih ayam, berkebun dan kalendan lori. Rostam pernah ada syarikat komputer sendiri. Pernah jadi CEO anak syarikat yang disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia.

Ipin banyak gagal dalam perniagaan yang diceburi, termasuk MLM, Meniaga Larut Malam. Rostam masih lagi chairman syarikat IT, CEO syarikat minyak dan gas, rakan kongsi syarikat Telekomunikasi, dan mempunyai syarikat Perunding dan Latihan sendiri.

Ipin mempunyai kereta sedan buatan Malaysia. Rostam bawa kenderaan pacuan 4 roda jenama luar negara.

Ipin hutang banyak, mencecah RM 400 ribu! Rostam punya rumah, kilang dan tanah bertanam kelapa sawit.

JIKA ANDA DIBERI PILIHAN, 

Siapa kah Ipin? Klik untuk jawapan.

Nota :

Cerita ini adalah benar sehingga bulan Disember 2011. Ia tidak direka semata-mata. Nama-nama yang digunakan adalah nama sebenar.

Kalau masih kurang faham, dan ingin hendak faham, sila whatsapp saya di 019 2200044. Terima kasih.

Updated : 08/11/2012

Advertisement

2 comments on “Cerita Ipin Dan Rostam

Pertanyaan, pandangan atau komen dialu-alukan. Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s