Dipetik dari buku, Law Of Connection oleh Michael J Loseir.
Cara menjawab soalan di bawah adalah dengan memasukkan nombor 1 hingga 4 di petak yg telah disediakan. 4 yang paling sesuai dan seterusnya kepada 1 yang paling kurang tepat.
1) Saya membuat keputusan penting berdasarkan kepada:
__ Naluri dan tahap keselesaan saya
__Bagaimana saya mendengar idea itu
__Keadaannya pada pandangan saya
__Laporan/kajian tepat mengenai isu itu
2) Ketika berlaku pertikaian, saya mungkin dipengaruhi oleh:
__Bunyi bising dan nada suara org lain
__Sama ada saya dapat melihat sudut pangdangan orang lain atau tidak
__Logik dan kewajaran pendapat orang lain
__Sama ada orang lain sensitif pada perasaan saya atau tidak
3) Ketika berkomunikasi denga orang lain, apa yang penting untuk saya adalah:
__Rupa dan cara saya berpakaian
__Berkongsi perasaan dan pengalaman saya
__Mengetahui maksud kata-kata saya difahami
__Didengari dan mendengari
4) Ketika seseorang bertanyakan soalan penting, saya cenderung:
__Mendengar dengan teliti, dan bertanya soalan supaya saya faham
__Mengambil masa memikirkan hal itu dan memilih kata-kata dengan berhati-hati
__Menghargai apabila diberi masa mencari jawapan
__Menjawab dengan pantas dan menghuraiakannya dalam bentuk gambaran
5) Saya menganggap diri saya:
__Sudah terbiasa dengan bunyi di persekitaran saya
__Dapat memahami fakta dan data baru dengan mudah
__Sensitif dan fleksibel dalam perhubungan
__Kreatif dan mampu menangani sejumlah besar maklumat dengan cepat
6) Orang lain benar-benar dapat memahami saya apabila mereka:
__Dapat memahami perasaan saya
__Dapat melihat perspektif saya
__Mendengar dengan teliti apa yang saya katakana dan cara ia disampaikan
__Menunjukkan minat pada apa yang saya sampaikan
7) Semasa bekerja dalam kumpulan, saya cenderung:
__Mahu meningkatkan proses dengan idea saya
__Ingin menjadi sebahagian besar daripada visi dan proses perancangan
__Mahu menyusun rancangan mengikut turutan dan teratur
__Ingin membantu membina hubungan baik yang lebih mantap
8) Apabila menghuraikan sesuatu perkara kepada saya:
__Tunjukkan pada saya dengan lebih jelas
__Saya dapat mengingati dengan baik dengan hanya mendengar
__Menulisnya dapat membantu saya memahaminya
__Membentangkan fakta secara logik, mudah dan diterima akal
9) Ketika mengalami tekanan, saya rasa tercabar apabila perlu:
__Mempercayai orang, situasi atau konsep
__Menjadi diplomatik dan berterus-terang
__Memisahkan perasaan saya dengan perasaan orang lain
__Menjadi fleksibel dan menukar masa yang telah ditetapkan
10) Secara semula jadi, saya merasa mudah bagi:
__Menerima inspirasi dalaman
__Menyatakan kesesuaian penggunaan idea baru
__Mengikut kaedah “Cuba Jaya”
__Menguruskan dan merancang kegiatan
Yakin boleh