Empat cara utama kita berhubung dengan persekelilingan kita.
1) Minda.
- Kita lebih memahami dengan nombor dan perkara yang tersusun. Terdiri dari golongan yang teliti.
- Banyak mengunakan perkataan-perkataan seperti “fikir”, “masuk akal”, “faham” dan sebagainya.
- Lazimnya lambat membuat keputusan. Memerlukan masa untuk mengumpul fakta yang sahih dan memahami keadaan sebenar.
- Hebat membuat persediaan atau rancangan terperinci.
- Pendiam dan pemerhati.
- Berpakaian tidak menonjol, selalunya pakaian yang berfungsi tidak berfesyen.
- Terdiri dari golongan pengerak belakang tabir.
2) Penglihatan.
- Pandangan kita lebih terang dari mereka yang lain. Cepat memahami dengan melihat.
- Perkataan-perkataan yang gemar digunakan adalah “nampak”, “lihat”, “cantik” dan sebagainya.
- Pantas membuat keputusan berdasarkan fakta semasa yang kelihatan.
- Mengikut jadual. Tidak suka membuang masa.
- Kelihatan cergas dan dinamik.
- Berpakaian kemas dan segak/menawan mengikut peredaran fesyen.
- Golongan yang kelihatan di hadapan atau menonjolkan diri.
3) Pendengaran.
- Lebih memahami dengan mendengar. Peka dan sensitif kepada bunyi.
- “Bunyi”, “Dengar”, “Merdu” dan sebagainya adalah perkataan-perkataan yang selalu diucapkan.
- Jika tidak “mendengar” cadangan atau arahan yang “bunyinya” bernas, susah hendak menerima atau dipatuhi.
- Boleh memberi banyak cadangan dengan penjelasan yang panjang lebar.
- Suka bergaul dan hebat bercerita.
- Penampilan yang tak berkira. Boleh perpakaian warna yang tak sepadan!
- Perasan diminati ramai dan mempunyai rangkaian kenalan yang luas.
4) Perasaan.
- Senang jika dapat merasa atau memegang sesuatu perkara atau benda.
- Perkataan-perkataan yang biasa diucapkan, “rasa”, “berat”, “panas” dan sebagainya.
- Keputusan banyak berlandaskan mengikut “rasa hati”.
- Penyayang. Gerak hati yang selalunya tepat.
- Lebih gemar bersendirian atau berdua-duaan sahaja.
- Gemar berpakaian yang bersahaja, tidak menunjukan susuk tubuh.
- Berprestasi tinggi bila dalam keadaan bersemuka berdua-duaan.
Agak-agaknya anda yang mana satu? Atau mempunyai satu ciri utama dan beberapa ciri yang kedua?
Adakah pandangan di atas, bunyinya boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita?
Rasa-rasanya cukup atau memerlukan penjelasan yang lebih teratur dan mendalam?
Version 1.1 Updated 09/11/2012
Rostam,
Power kaedah ni. tahniah…tq for sharing
Alhamdulillah dapat share…. Tq to u too…
and the Journey begin with “AKU” – aku kisah Usahawan 🙂 , salam Bro
Salam kembali bro… jom kita tulis “Aku kisah Usahawan”… he he he… Thanks for dropping by.