Memahami Saluran Kewangan Anda.

Kehidupan itu lebih penting dari duit, tetapi duit penting untuk menyara kehidupan. Kefahaman menjana duit perlu untuk semua individu yang memulakan penghidupan berdikari.

Ramai diantara kita sibuk menjana pendapatan, tetapi jika kita fikirkan, kita sepatutnya menjana kekayaan berpanjangan. Pendapatan akan terhenti bila kita berhenti kerja. Kekayaan berpanjangan akan berterusan menjana pendapatan untuk kita.

Kebanyakan kita juga sudah menjadi tabiat, berbelanja lebih dari pendapatan atau kekayaan. Kita harus celik dan faham sistem kewangan masa kini. Asas fikiran beremosi, perasaan, kepercayaan dan tingkahlaku diri terhadap saluran kewangan kita perlu dimantapkan.

Berikut adalah beberapa perkara sebagai panduan, yang dapat membantu kita menjana kekayaan berpanjangan:

1) Berbelanja kurang dari pendapatan atau kekayaan.

2) Setiap bulan buat simpanan minima 20% dari pendapatan.

3) Beli dan kumpul harta. Harta adalah yang memberi pendapatan bulanan atau tahunan yang menguntungkan.

4) Menfaatkan kehebatan gandaan melalui rangkaian perniagaan dan sistem pengandaan duit yang halal dan terbukti.

5) Pelaburan bernas dan berisiko yang boleh dikawal.

6) Mempunyai matlamat mengembangkan dan mengukuhkan kewangan peribadi dalam jangka masa panjang.

7) Hindarkan berhutang. Lagi-lagi hutang yang dikenakan faedah atau bunga.

8) Meniru dan tauladani mereka yang telah berjaya meraih kekayaan berpanjangan.

Mari kita memulakan langkah bersama untuk sampai ke matlamat individu yang telah dirancang.

Advertisements

2 comments on “Memahami Saluran Kewangan Anda.

Pertanyaan, pandangan atau komen dialu-alukan. Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s