Kuasa doa.

Dalam Islam, kita diminta untuk berdoa pada Allah S.W.T. Doa itu biarlah tepat, mudah dan boleh diterima akal yang waras. Tertib dan cara-cara berdoa boleh dipelajari dari ustaz-ustaz yang memang arif berkenaan doa. Saya sendiri masih belajar dan berlatih untuk berdoa secara berkesan, semoga dapat membantu kehidupan seharian saya. Berikut adalah asas atau pokok kepada kehebatan kuasa Doa. Semua doa kita wajib kepada Allah S.W.T. sahaja!

Mempercayai Allah S.W.T. 100%. Apa yang saya faham, saya sendiri mengaku mempercayai Allah S.W.T 100%, tetapi apabila saya berfikiran, saya tidak boleh atau dunia ini ada hadnya, adakah saya benar-benar 100% percaya pada Allah S.W.T.? Allah S.W.T. Maha Agung dan Berkuasa. Jika saya benar-benar percaya kepadaNya, dengan keredhaannya pasti tiada yang mustahil, dan rezekiNya melimpah ruah tiada had!

Menerima Qada dan Qadar kita. Kerana apa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. pada ketika itu adalah yang terbaik bagi kita pada waktu itu. Walaupun ada kalanya kita beranggapan, apa yang dikurniakanNya ada lah bala pada kita.

Talian kita dengan Allah S.W.T. adalah terus, tanpa perantaraan. Sekiranya kita perlu meminta sesuatu (berdoa) kepada Allah S.W.T. tidak perlu melalui sesiapa atau menunggu masa yang sesuai. Boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa. Namun, kita harus belajar dan memahami, waktu-waktu dan tempat-tempat yang lebih afdhal untuk berdoa.

Ringkasannya, jika kita hendak doa kita makbul, kita wajib,

1) Berdoa hanya kepada Allah S.W.T.

2) Percaya Allah S.W.T. 100% akan menkurniakan doa kita.

3) Terima Qada dan Qadar kita.

4) Talian kita adalah terus dengan Allah S.W.T.

Sila beri pandangan atau contoh kepada keempat-empat topik di atas.  Terima kasih.

Cerita tauladan.

Dikemaskinikan pada Jan 2017.

Advertisement

One comment on “Kuasa doa.

Pertanyaan, pandangan atau komen dialu-alukan. Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s