Kefahaman Pecahan 25%

Di perjalanan kerjaya saya, untuk menyenangkan dan membantu saya berfikir, saya telah mengasaskan kefahaman pecahan 25%. Tidak semestinya atau dengan tepat, pecahan tersebut adalah 25%. Ia hanya sebagai panduan purata sahaja.

Kita kena faham, panduan purata ini hanya untuk masa terkini. Keberkesanan dan ketepatannya berubah mengikut masa. Maksud saya, walaupun peratusnya tidak berubah, namun manusia yang terlibat mungkin berubah. Atau manusia-manusia yang berperangai seperti yang kita selidiki dan fahami, ada lah terdiri dari orang-orang yang berbeza. Umpamanya, hari ini kita berpendapat makanan itu ada la yang terenak sekali, tapi tahun hadapan, kita mungkin ubah fikiran kita.

Contoh 1: Orang yang akan sokong kita.

  1. 25% akan sokong kita, walau apa pun keadaannya.
  2. 25% mungkin akan sokong kita.
  3. 25% mungkin tidak akan sokong kita.
  4. 25% tidak akan sokong kita langsung!

Contoh 2: Orang yang akan memahami ilmu.

  1. 25% akan memahaminya di awal usia mereka.
  2. 25% akan memahaminya di pertengahan usia mereka.
  3. 25% akan memahaminya di akhir usia mereka.
  4. 25% tidak akan memahaminya di sepanjang hayat mereka.

Dengan contoh-contoh di atas, kita harus ingat, MASA boleh merubah pendirian seseorang itu. MASA boleh merubah, mengubat dan meredakan banyak perkara.

Apa yang saya cuba katakan, contohnya pada contoh 1, Lebih elok kita tumpukan pada mereka-mereka di golongan 1. Kalau banyak masa, kita boleh tumpukan pada golongan 2 dan 3. Golongan 4 tak perlu nak diberi tumpuan pada waktu itu.

Pada contoh 2 pula, kita jangan putus asa, apabila ada golongan-golongan yang tidak memahami apa yang kita hendak sampaikan, kerana ada diantara mereka yang tidak akan faham disepanjang hayat mereka. Namun kita tetap gigih untuk berkongsi pendapat dan ilmu.

Ini adalah sebagai panduan sahaja. Panduan kefahaman pecahan 25% ini banyak membantu saya, melalui kehidupan. Mungkin ia boleh membantu anda?

V 1.2  Updated 08/11/2012

Advertisement

Pertanyaan, pandangan atau komen dialu-alukan. Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s