Kaedah Pembelajaran Cara Pantas dan Berkesan.

Kaedah-kaedah yang disyorkan:

1)   Tiru (Tapi jangan tipu).

  •  Beli buku, untuk dibaca. Banyak yang boleh ditiru dari buku itu. Adakan masa untuk membaca buku yang telah dibeli. Tidak terhad pada buku, termasuk bahan-bahan media lain, seperti DVD, Internet dan sebagainya.
  •  Jika hendak menyanyi atau melukis dengan baik, contohi seorang yang anda kenal untuk ditiru cara-caranya.  Jika ada seorang penyanyi yang anda rasa hebat dan kagumi, tiru cara dia berpakaian, perawakannya, riak wajahnya, penyampaiannya, perasaannya dan sebagainya. Jangan risau, tiru sahaja dan lihat perkembangan pada diri anda.

2)  Amalkan kerap kali. Seperti belakang parang yang tumpul, jika kita kerap asah, insyAllah akan menjadi tajam. Perbezaan seseorang biasa dengan yang “pakar” bukan sahaja kepada ijazah dan ilmunya. Ia juga kerana “kepakaran” tersebut datangnya dari, ilmu pengetahuan atau perbuatan yang sering digunakan, dengan tumpuan jitu dan meningkatkan nilai dan mutunya setiap kali dimanafaatkan.

3)  Berkongsi amalan. Bila kita selalu atau kerap berkongsi ilmu, insyAllah, ilmu tersebut akan menjadi sebati dalam diri kita. Setiap kali kita berkongsi ilmu dan amalan kita itu, berkemungkinan besar, kita akan mendapat hidayah, petunjuk, pemahaman dan pandangan yang berbeza dan bermanafaat pada diri kita sendiri.

Pengalaman saya sendiri, bila saya dapat berkongsi ilmu tanpa batasan, terdapat penambahan kefahaman atau perspektif berlainan muncul di dalam minda saya. Secara otomatik, ilmu saya bertambah, dan saya dapat melihat dari sudut berbeza sesuatu pandangan atau kefahaman yang lebih matang.

Semoga segala ilmu dan rezeki kita mendapat hidayah dan berkat dari Allah S.W.T.

Version 1.1  Updated 08/11/2012

 

Advertisement

Pertanyaan, pandangan atau komen dialu-alukan. Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s