Ciri-ciri peribadi menuju kejayaan.

1) Percaya pada Allah S.W.T. Semua orang Islam mengaku percaya kepada Allah S.W.T. Buat diri saya sendiri; nampak dan rasa macam mudah. Ia mudah, jika kita tidak ambil mudah. Apa yang kita fikirkan, dan kemudian lafazkan, akan mencerminkan kepercayaan kita kepada Allah S.W.T. Alam Allah S.W.T. tiada batasnya.

2) Senyum selalu. Biasa kan senyum, walaupun sedang berseorangan. Ketika ditalian telefon, walaupun orang di hujung sana tidak nampak anda, mereka boleh rasakan senyuman anda. Senyum sendirian boleh menghilangkan ketegangan otot-otot anda apabila resah gelisah. Senyuman anda juga boleh merubah perasaan gundah orang lain, menambahkan ceria hidup mereka.

3) Kenal diri anda sendiri. “Jangan tipu diri sendiri”. Tiada insan di dunia ini yang sempurna. Jika kita dapat mengenal diri sendiri, dan menerima kita seadanya, ia adalah langkah kecil menuju ke kejayaan peribadi.

4) Bersungguh-sungguh. Umpama orang bercinta, lautan api pun akan diseberangi. Kita tidak mahu bila dah kahwin, nak padam lampu bilik pun suruh isteri, konon tak larat nak buat sendiri.

Sematkan dalam minda, setiap hari perasaan gigih tidak pudar. Sentiasa menapak maju kehadapan, walaupun setapak yang kecil. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

5) Tabah. Setiap perkara atau kejadian “buruk” yang kita alami akan berlalu. Ada pula, diantara kejadian “buruk” itu sebenarnya membawa hikmah. Bersabar dan tabah mengharungi pusingan hidup. Masa akan menyembuh dan membuka tirai kejadian sebenarnya.

6) Cari dan menggunakan ilmu. Ilmu itu berada di mana-mana. Seorang kanak-kanak boleh menyedarkan kita, dari pandangan naluri mereka yang tidak tercemar, mereka tiada prasangka. Boleh juga berguru dari guru-guru yang terkenal dan hebat dari seluruh dunia. Yang penting, amalkan ilmu itu walau sekecil atau sedikit mana pun.

7) Bekerjasama dan berkongsi. Alangkah baiknya jika kita semua dapat membantu semua kenalan kita untuk menjayakan cita-cita mereka. Jangan jemu berkongsi ilmu. Tugas kita hanya menyampaikan.

8) Mempunyai matlamat. Pernahkah kita terfikir, kenapa kita dilahirkan? Apakah sebenarnya matlamat atau misi kita di dunia ini? Boleh kah kita kenali dah fahami matlamat atau misi kita? Kita semua mempunyai matlamat atau misi yang tersendiri, insyAllah dengan berkat Allah S.W.T. kita mampu menghuraikan dan mencapai matlamat atau misi kita di dunia ini.

Version 1.1 Updated 08/11/2012

Advertisements

2 comments on “Ciri-ciri peribadi menuju kejayaan.

  1. Bagaimana utk kita atasi masalah math? sy bukanlah seorang yg pakar atau pandai math walaupun ibu sy guru math.. sy cuba utk buat latihan tapi setiap kali tidak dpt jwpn yg betul sy rasa kecewa dan semangat sy jatuh merudum. Apa yg harus sy buat krn tahun dpn sy calon PBSMR for form3..

    • Di sini saya dapat rasakan ada dua perkara. 1) Mengatasi masaalah matematik. 2) Rasa kecewa dan semangat merundum bila “gagal”.
      Ada berbagai cara untuk mengatasi masaalah2 ini. Salah satu cara adalah untuk masaalah matematik mungkin kena terus berlatih dan buat banyak latihan2 yg ada. Selain dari itu, mungkin, fahamkan cara komunikasi anda di https://rostameffendi.com/perkongsian-ilmu/siapa-saya/ ‎. Cuba sesuaikan soalan2 matematik tersebut mengunakan bahasa komunikasi anda… samaada cara melihat, mendengar, merasa atau digital.
      Untuk masaalah kedua, anda cuba faham konsep, dari dalam keluar. Pendekatan, bahawa anda boleh menguasai perasaan anda sendiri.
      Sila nantikan kursus2 yang akan diadakan dari masa kesemasa, mungkin akan dapat memahami dengan lebih jelas.

Pertanyaan, pandangan atau komen dialu-alukan. Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s