Teringat satu kisah ketika aku darjah enam. Setiap kali mengaji, ada seseorang tu akan mengejek aku, bermacam-macam, dari nama aku sampai keturunan aku, sehingga aku marah dan menangis. Hari-hari tanpa jemu aku diejek, dan sungguh gembira benar yang mengejek aku.
Kerana tak tahan, satu hari aku mengadu kepada mak aku. Sampai hari ini, aku ingat jawapan, sebenarnya soalan dari mak aku. “Mana lukanya yang sakit tu?”
Walaupun aku kurang faham, aku mula memahami percanaan minda aku. Keesokkan harinya, bila aku diejek, aku buat tak tahu sahaja. Aku abaikan terus yang mengejek tu. Dia seperti tiada. Tak sampai beberapa hari, ejekkan berhenti dengan sendiri. Dan tak lama kemudian, aku boleh nampak sipengejek muka tak puas hati. Padan muka! Bisik hati ku.
Di dalam hidup ku seterusnya, tanpa ku sedari, aku terus mencari dan mempelajari beberapa kaedah. Antaranya, dari buku-buku Neuro Linguistic Programming dan Mind Power! Pengajaran-pengajaran penting dari buku-buku ini, jika diamalkan, dengan mudah, kita dapat menyembuhkan “penyakit-penyakit” dalaman, seperti sakit hati, benci dan sehingga trauma atau “phobia”.
Biar aku terangkan dengan mudah:
1. Kita kena faham, perasaan-perasaan kita adalah dalaman. Yang menimbulkan perasan seperti sakit hati, benci dan sebagainya adalah luaran. Contoh, kita marah seseorang potong “que” ketika memandu. Perasaan marah itu adalah dalaman kita. Manusia atau kenderaan yang dipandu manusia itu adalah luaran kita.
2. Kita hanya ada kuasa kepada dalaman kita (atau dunia dalaman kita).
3. Kita tiada kuasa kepada luaran (dunia luaran) kita. Begitu juga, luaran tiada kuasa kepada dalaman kita.
4. Kembali kepada cerita di atas. Perasaan sakit hati aku itu, adalah dalaman aku. Apabila, aku berhenti memberi kuasa kepada pengejek (luaran), sakit hati itu tiada atau hilang.
5. Berhenti fikirkan sejenak. Sudah lah kena potong “que”. Hak kita telah diambil. 1 – 0. Kita sakit hati pula! 2 – 0! Silap haribulan, pemotong “que” happy-happy sahaja! 3 – 0!!!
Jika masih kurang faham, rajin-rajin lah bertanya.
Persoalan seterusnya, yang “mengenakan” kita itu adalah seseorang yang sangat rapat. Maka, sentiasa bengang dan bercelaru Perasaan dibuatnya! Lagi-lagi apabila terlihat mukanya! Ada banyak teknik untuk mengatasinya. Kebanyakkan teknik-teknik ini, tidak masuk akal. Boleh baca buku-buku yang aku rekomenkan.
Satu teknik mudah yang aku amalkan, adalah teknik “katun”. Contoh, aku sakit hati sehingga terganggu fikirkan ku, bila memikirkan kawan-kawan “baik” aku sanggup tak membayar hutang beratus ribu ringgit, sedangkan mereka mampu, dengan memberi alasan-alasan banggang! Apabila Teringat atau terserempak dengan mereka, aku ganti muka mereka di dalam fikiran ku, satu gambaran keldai katun yang banggang! Ia berkesan untuk aku. Kalau dulu, tengok muka mereka aku benci, sekarang aku nampak mereka sebenarnya, seekor keldai banggang.
Satu lagi teknik yang agak “advance” menggunakan “kunci-kunci” dalaman kamu. Yang ini, aku kena “demo” dan kongsi secara berdepan. Jika mahir menggunakannya, parut dalaman pun boleh hilang.
Selamat mencuba dan praktikkan. Cuba buat dan amalkan dua puluh satu hari berturut-turut.
Setakat ini perkongsian kita di pagi yang indah ini.
Yang baik itu dari Tuhan. Yang lemah dan kekurangan itu adalah aku.