“Macamana?”. Satu perkataan yang sangat hebat dan berkuasa, banyak membantu saya ketika di dalam kebinggungan, kesempitan atau di dalam dilema.
Bila tumpuan saya alihkan dari keadaan yang mendesak minda atau kerungsingan yang menghantui jiwa, kepada “Macamana?” sentiasa mendapat beberapa jalan penyelesaian, walaupun kelihatan seperti buntu.
Dengan fikiran yang berserabut dan jiwa kacau, yang pastinya, keadaan akan menjadi meruncing dan segala-galanya menjadi mustahil atau terlalu berat untuk diselesaikan atau atasi. Sekiranya, keadaan susah dan gawat itu terlalu besar pada diri sendiri, cuba kecil-kecilkan mengikut fasa atau keadaan. Untuk setiap permasaalahan yang telah dibahagi-bahagikan, beri soalan “Macamana?”.
Seterusnya, adalah kelemahan kita semua. Kita akan cuba fikirkan, “Macamana hendak selesaikan semua masaalah-masaalah ini?” di dalam minda kita yang serba hebat, namun mudah tersesat! Ada kemungkinan minda kita akan terperangkap dan menjadi tambah serabut. Lagi-lagi dicampur perasaan yang tidak menentu dan haru-biru!
Paling bagus dan bijak, apa-apa penyelesaian yang positif atau baik, kita TULISKAN di atas kertas atau “smart devices”. Dari situ, kita tambah jalan-jalan atau cara-cara yang boleh membantu mengatasi kesemua permasaalahan yang sedang melanda. Dari masa kesemasa, kita cari jalan penyelesaian, terus bertanya “Macamana?”. Kita pilih kaedah yang terbaik untuk mengatasi kegawatan atau kemushkilan yang sedang kita lalui.
Seterusnya, buat satu perancangan tindakan yang teratur. Jalankan dan ambil tindakan satu persatu. Umpama kita memanah kesasaran. Dari panahan pertama, kita kena buat beberapa perubahan sehingga tepat mengena sasaran itu!
Ada kalanya, kita hanya perlu ubah bedekkan kita beberapa inci (cm) ke atas atau ke kiri. Kadang-kadang kita kena tukar busar yang lagi sesuai. Tidak mustahil, kita mungkin perlu bantuan orang lain untuk memanah sasaran kita itu!
Setelah semua perancangan itu dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan, dan berjalan HAMPIR tepat dan memuaskan, kita akan sentiasa ingat untuk berdoa tidak henti-henti kepada Tuhan yang Maha Esa!
Sila hubungi saya jika berminat untuk menyelami bersama, “The Power Of Doa” atau “Kuasa Doa”. Kita juga boleh bincang bersama, doa bukan hanya dengan berkata-kata atau bisikkan di dalam hati. Saya jemput, berjalan bersama saya, mencari dan menimba ilmu dan pengalaman yang boleh merubah hidup anda lebih bermakna dan bermanafaat!
“Jalan terus, cuba menuju jalan yang lurus.”