Sedang aku duduk-duduk menunggu azan Isyak, aku teringat apa yang terjadi pada aku, pada satu bulan Ramadan yang lampau.
Termenung aku ketika itu, Raya dah nak menjelang. Poket bukan nipis, berlubang lagi adalah. Dalam hati nekad, tahun itu, Raya apa yang ada sahaja.
Rasa-rasanya semua aku dah ikhtiar, tetapi belum ada rezeki. Teringat, hanya pada Tuhan aku boleh meminta. Tak susah pun nak meminta dengan Tuhan. Maka aku pasrah pada Tuhan, apa yang seadanya. Berdoa aku dengan penuh kepercayaan dan perasaan meminta bantuan.
Esoknya, aku terima surat. Buka-buka, surat penyata dari insuran Takaful. Alamak, nak bayar bulanan ni pun mungkin “miss”. Malang betul aku rasa. Bil-bil pun ada yang bertimbun. Kesian, isteri banyak membantu bayarkan.
Aku baca balik penyata insuran tu, nak tengok ada yang tertunggak? Masa tu kurang faham baca penyata. Esoknya, sebab ofis Takaful tu bawah ofis sahaja, singgah la, nak tanyakan status tunggakan, dan kalau tak dapat bayar, apa jadi?
Pegawai yang melayan aku tu memang membantu. Aku jadi bisu sebentar, mendengar penerangannya. Termanggu beberapa saat. Aku suruh dia ulang kembali. Dia kata, “begini bang, abang “tutup” je insuran abang ni. Abang dapat RM lapan ribu lebih tunai. Lepas tu abang mohon yg baru, bayar sebulan, abang dapat duit, dan abang dapat “coverage” yang sama”.
MasyAllah! Biar betul. Bila Tuhan hendak memberi rezeki, tidak tentu dari mana arahnya.
Berlinang air mata aku, dapat duit Raya.😢
Begitulah aku pandai ambil insuran, dan bila terdesak, aku “jual” balik (surrender value) .
Allah itu Maha Besar!