Sebaik-baiknya kita kena pupuk daripada kecil lagi. Ketika anak kita lahir, kita dah buka akaun Tabung Haji atau ASB (simpanan jangkamasa panjang) dan yang seumpamanya. Buka dua-dua lagi bagus, atau lebih.
Kalau ada rezeki lebih, ambil insuran nyawa pun digalakkan. Untuk bayi, elok selepas umur satu tahun.
Dari mana punca nak dapat dana simpanan?
1. Ketika bayi lahir, ada yang memberi hadiah berupa wang tunai.
2. Lazimnya, Hari Raya Eidil Fitri, anak-anak dapat hadiah wang.
3. Hasil kerja keras kita sendiri, kita bagi sedikit hak untuk anak-anak sendiri.
Kalau dah lanjut usia, kata la, enam puloh tahun, boleh juga menabung. Kalau ada duit-duit lebih anak-anak bagi.
Kenapa dari dulu hingga sekarang, duit belum cukup-cukup untuk menabung? Ada kemungkinan, sebab tabiat menabung belum pernah dipupuk.
Mulakan la sekarang. Kalau boleh, tiga puluh peratus pendapatan. Kalau tidak, tiga peratus pun ok. Setiap tahun, tingkatkan satu peratus. Sehingga mampu menabung dengan maksima.