Bukan senang hendak senang, ada yang kata.
Mencapai kebahagian lagi mudah. Kenapa?
1. Senang terpulang kepada seseorang individu untuk memberi makna atau menterjemah. Lagi banyak yang diperlukan untuk senang, mungkin lagi panjang masa atau banyak perkara perlu dilakukan.
2. Senang mengabungkan dalaman sendiri dan luaran. Dalaman adalah perasaan-perasaan yang menyokong kesenangan yang diidami. Luaran, berbentuk harta, pangkat dan lain-lain yang perlu dimiliki. Gabungan kedua-dua ini, boleh mencetuskan kehidupan yang senang.
3. Bagi saya, kebahagian hanya perlu perkara-perkara dalaman. Awas apa yang kita fikirkan. Antaranya, saya suka memperingatkan, jangan kira duit orang. Ini boleh menjadikan kita murung. Bersyukur dengan diri kita sendiri. Fokus kepada dalaman kita, iaitu kebahagian diri sendiri. Bahaya, jika kita bagi kuasa pada luaran, untuk kebahagian sendiri.
Pilihan di dalam diri anda sendiri.
Masih kurang faham? Mari bincang dengan saya.
Terima kasih kerana membaca sehingga tamat. Saya ucapkan syabas!