Mungkin?
Percayalah, selagi nyawa dikandung badan, dan selagi tubuh usang ini, masih membara memperjuangkan, perkataan “gagal” belum lagi mempunyai makna mutlak dalam kamus diri.
Khas aku tujukan kepada yang masih muda, yang sedang kusut masai, hilang segala2nya atau apa sahaja rintangan kehidupan, NYAHkan!!! perkataan GAGAL itu dari kamus diri mu!
Lagi KHAS untuk sahabat-sahabat dan saudara mara insan-insan Allah S.W.T. yang sedang melalui rintangan dan cabaran, beri lah mereka sokongan dan bantuan. Ini kamu pula yang pijak mereka dan hina cerca usaha-usaha mereka.
Percayalah, demi masa akan menentukan segalanya. Kita lahir, membesar dan akhirnya pulang ke asal. Bagaimana kita tangani perjalanan ini penting secara menyeluruh. Bukan kerana titik-titik hitam dalam hidup kita, maka kita dilabel atau melabel, kita seorang yang gagal. Terlalu banyak yang Tuhan kurniakan kepada kita, untuk kita akur kepada perkataan “gagal”.
Jika tersungkur atau jatuh, bangun kembali! Kita manusia. Nak nangis kejap, boleh la. Lepas tu bangun, dan melangkah kehadapan. Yang terpenting dalam hidup kamu adalah diri kamu, Rasul kamu dan Tuhan kamu. Peliharalah ketiga-tiga ini dengan baik. In shaa Allah, kejayaan mutlak menanti kamu.