Pada tahun 1986, aku telah dikenalkan kepada “Psycho Cibernetics”. Masa tu tak berapa faham pun. Yang aku ingat, berkenaan:
1. Plastic surgeon yang hairan kepada perubahan atau tiada perubahan kepada pesakit-pesakitnya yang telah di perbaiki cacat-cacat muka mereka.
2. Satu kajian tentang pelajar-pelajar universiti membaling bola keranjang masuk ke dalam jaringnya.
3. Aku mula menyoal, perasaan itu di mana, dan mana lagi hebat? Perasaan atau minda?
Kemudian aku baca dan selidik lagi, baru aku baru nampak taliannya kepada Neuro Linguistic Programming, dan boleh dicari jalurnya kepada The Master Key (Sila berguru dengan yang memahami Islam, jika ingin mempelajari The Master Key). Kesannya, ia sangat berfaedah untuk aku. Sekarang, aku nak berkongsi dengan yang sudi dan memerlukan.
Jika ada sesiapa yang rasa hidupnya perlu berubah, atau sudah cuba merubah sekian lama, tetapi kurang impaknya, marilah join perbincangan aku, seperti di bawah ini. Mana tahu, Tuhan bagi jalan?