Assalamualaikum semua.
Diperjalanan aku mencari rezeki, ini adalah kefahaman aku. Jika kurang tepat, sila tegur. Yang baik itu dari Allah S.W.T. yang kurang baik itu dari aku sendiri.
Rezeki aku tiada kena mengena dengan usaha (bekerja keras atau berniaga mati-matian) aku.
Pasti aku kena kecam😔. Sila baca hingga habis. Baru komen atau kecam.
Aku bagi contoh mudah.
Sekiranya aku berusaha keras, membanting tulang dan memerah otak, maka rezeki ku akan bertambah banyak? Mengikut pengalaman ku, tidak. Yang lagi menghairankan aku, ada waktunya, aku tidak berusaha pun, tetapi rezeki besar datang melayang jatuh ke riba, dari arah atau punca yang aku tidak jangkakan.
Dari pengalaman aku dan berkongsi ilmu daripada yang lebih arif dan berilmu dari ku, aku membuat kesimpulan, usaha tiada menjaminkan rezeki (duit, kemewahan dan yang seumpamanya).
Jadi, apa yang boleh menambahkan rezeki hamba-hamba Allah S.W.T.?
Yang aku faham dan temui, untuk menambahkan rezeki, terutamanya, berupa duit dan kekayaan, usaha di jalan Allah S.W.T. antaranya adalah:
1. Derma kepada yang memerlukan.
2. Doa pada Allah S.W.T. (Minta)
3. Solat Duha.
4. Menghormati kedua ibu bapa.
5. Bersyukur dengan apa yang ada.
Mungkin ada lagi amalan-amalan yang belum aku ketahui.
Soalan seterusnya, mengapa wajib aku berusaha, membanting tulang dan memerah otak dengan sebaiknya?
Kerana, itu adalah kewajipan dan tanggungjawab aku bila berada di Bumi Allah S.W.T. ini.
Sekarang, boleh bagi komen atau hendak kecam. Sekolahkan aku pun boleh. Aku masih mencari ilmu.
Digalakkan berbincang bersemuka dengan aku, supaya kurang timbul salah faham atau buruk sangka.
Wassalam.