Betul ke?
Di dalam rezeki-rezeki kita yang melimpah ruah ada hak orang atau golongan lain?
Jika kita percaya atau tahu, kenapa kita liat sangat hendak membantu insan atau golongan-golongan yang sedang memerlukan? (Sedangkan rezeki kita berlebih-lebihan)
Lihat sekeliling kita, mungkin ada adik beradik sendiri yang memerlukan bantuan. Entah-entah, jiran tetangga sendiri? Prihatin sedikit dan peka kepada masaalah atau kesusahan yang sedang dilalui oleh insan lain.
Agak-agaknya, sebab kita sendiri pun cukup-cukup makan sahaja, tidak bererti kita tidak boleh membantu. Gunakan tulang empat kerat kita untuk meringankan kerja harian yang memerlukan itu. Atau, bagitau insan-insan lain yang mungkin boleh juga membantu. Paling “POWER” berdoa la pada Allah S.W.T. semuga diberi bantuan kepada yang betul-betul memerlukan.
Cuba lihat sekeliling anda, masih tidak nampak golongan-golongan yang memerlukan? Saya percaya, anda bukan buta di mata, tetapi, buta di hati😢.
Buka mata hati anda dan lihat sekali lagi. Bantulah mereka sebaik-baiknya. In shaa Allah Tuhan akan balas anda dengan berlipat kali ganda!
Mengapa saya berkata sedemikian? Sebab di usia lanjut ini, sudah saya tempuhi dari kedua-dua sudut itu. Sebagai yang memerlukan bantuan, dan Tuhan hantar bantuan dari arah yang saya sendiri tidak sangkakan.
Adakah kita mesti dibantu dahulu? Baru kita hendak hulurkan bantuan? Mulakan sekarang, buat dengan terbaik, setakat yang termampu. In shaa Allah.
Alhamdulillah.