Semalam jumpa Roy.
Beliau cerita serba sedikit tentang perniagaan beliau:
1. Bisnes keluarga.
2. Ayah dia turunkan ke anak-anak.
3. Pertama kali ayah buat bisnes. Gagal!
4. Ayah teruskan juga, hingga bankrup!
5. Bisnes sudah lebih 20 tahun.
6. Hari Ahad sahaja cuti.
7. Sekarang jualan bulanan cecah RM 500 K sebulan.
8. Pelanggan terbesar terdiri dari yang lama. Yang sudah percaya.
9. Pekerja diutamakan.
10. Masih ada masaalah-masaalah baru untuk diselesaikan.
Ini la satu contoh, perniagaan turun temurun. Namun ramai anak muda kita dibuai mimpi, buat bisnes hari ini, esok dah berjaya dan kaya. Jika gagal kali pertama, cepat putus asa.
Wahai anak-anak muda harapan bangsa. Meh kita kupi-kupi😁.