Amalan-amalan Dan Kefahaman Mengikut Islam Untuk Membuka Pintu Rezeki Yang Halallan Toyibban.
Sepuluh peringatan dan perkongsian.
1. Segala-galanya kerana Allah S.W.T. Dahulukan Tuhan dalam segala apa yang kita fikir, cakap, lihat dan rasa. Mulakan dengan niat yang baik lagi bagus. Kenali dan fahami nama-nama Tuhan dengan lebih mendalam. Jadikan antaranya sebahagian hidup kita. Dengan izin Tuhan, hidup kita akan jadi lebih tenang, teratur dan bahagia.
2. Sayangi diri sendiri. 💓.Setelah Tuhan, kamu yang paling utama. Jaga kesihatan tubuh dan minda. Pelajari dan fahami, untuk mengambil zat Tuhan. Ikuti dan laksanakan Sunnah. Paksi kehidupan atau dunia kamu, adalah KAMU!
Fokus dan tanamkan azam dan semangat yang mendalam dan kuat menuju jalan yang lurus.
“Kamu tiada apa hendak dikongsi atau beri, sekiranya kamu sendiri serba kekurangan dan tiada apa-apa”.
3. Amalkan solat fardu awal waktu.🕌. Kita akan rasa tenang, teratur dan cukup masa.
Sering amalkan solat sunat Dhuha 2 rakaat. Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.
Setiap pagi mulakan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Jika sedang melalui ujian Tuhan, sentiasa istighfar dan berserah bulat-bulat padaNya. Merayulah pada Tuhan. Selepas itu solat subuh di awal waktu. Amalkan solat di Masjid atau surau.
4. Bersedekah. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.
Bersedekah dengan berbagai cara dan kaedah. Tiada duit, boleh sedekahkan masa atau tenaga. Sentiasa bersedekah dengan berterusan. Mulakan dengan senyuman yang manis😃.
5. Berdoa bersungguh-sungguh dan penuh dengan perasaan. Usah berdoa, meraung-raung jika yang kita doakan dan idamkan itu BMW atau Merc 😁. Setelah dapat dan faham untuk menyelengara dan penjagaannya mahal, baru kita meraung 😂. Minta (berdoa) pada Tuhan yang Maha Pemberi.
Berdoa bila-bila kita perlu dan di mana-mana yang sesuai. Buat dalam keadaan tenang dan tenteram. Khusus dan mempunyai jangka masa. INGAT! Dengan penuh perasaan!
6. Sentiasa mengingati dan sedekahkan AlFatehah untuk mak dan ayah, samaada masih hidup atau sudah meninggal. Kunjungi mereka kerap, untuk mendapat restu dalam hidup kita. Sentiasa prihatin kepada perasaan dan kehendak mereka. Laksanakan segala permintaan mereka selagi yang termampu berlandaskan Islam.
7. Sentiasa bersyukur pada Tuhan, sebab mengkurniakan banyak sangat nikmat di dunia ini. Setiap kali bangun pagi, terus ucapkan ‘Syukur Alhamdulillah terima kasih Allah S.W.T di atas segala pemberian Mu yang halal.’ Ringankan lidah menyebut ‘Alhamdulillah’ dengan semua kurniaan pada hari itu, samaada kelihatan baik atau buruk.
8. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah S.W.T. sehingga beribu-ribu kali. Buat dengan sedar. Kita ada banyak masa, lagi-lagi dalam kesesakkan lalu lintas atau menunggu seseorang.
9. Kurangkan perasaan benci, iri hati dan sombong pada insan lain. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
Sebelum tidur, lafaskan “Aku maafkan kamu kerana Allah Taala”.
10. Hidup diteruskan. Berdamailah dengan masa lalu kita, sekiranya ada yang masih membebankan dan mengganggu kehidupan seharian.
Kisah dahulu untuk menjadi teladan dan sempadan. Kisah masa akan datang, untuk kita perjuangkan. Kisah sekarang, menentukan masa akan datang dan mendewasakan kita dengan peristiwa-peristiwa silam.
Ayuh maju melangkah bersama-sama menuju kejayaan di jalan yang lurus.
Silak ‘LIKE’, ‘#SHARE’ atau ‘TAG’ orang yang anda fikir atau rasa akan mendapat manafaat nukilan ini. Terima kasih!
Oktober 2018. Nukilan Rostam Effendi (Coach Rostam). Yang sempurna itu Allah S.W.T. yang kurang sempurna itu dari saya.
“Jalan terus, menuju jalan yang lurus.”