Cerita ini benar dari sudut pandangan saya. Berkisar diakhir tahun 80an.
Coach Rik, dia dapat tempahan, lima buah komputer Quran dari Brunei. Ya, Coach Rik adalah peneraju komputer Quran di Malaysia! Boleh minta dia cerita berkenaan menjadi “peneraju” dalam bisnes.
Ketika itu, saya “expert” memasang komputer peribadi. Percaya atau tidak, saya belajar sendiri. Sehingga anak syarikat MIMOS dan sebuah Fakulti USM datang berjumpa saya ingin mempelajari teknologi “membuat” komputer peribadi berjenama sendiri. Ya, saya adalah bumiputera yang mempelopori “pembuatan/pengilangan” komputer peribadi di Malaysia.
Jadi, coach Rik pun hantar saya ke Singapura untuk menyiapkan lima buah komputer Quran tersebut. Masa tu ada tiga penjimatan, pemasangan sendiri, kos penghantaran dan cukai impot.
Nak jadikan cerita, perancangannya, saya sampai Singapura pagi, menaiki keretapi, siapkan komputer-komputer tersebut, dan malamnya saya naik keretapi, balik Malaysia. Kami menumpang sebuah gudang pengekspot komputer. Dapat jimat kos lagi. Satu perancangan mudah.
Tetapi tidak semudah itu, seperti “Murphys Law”, semua komputer-komputer itu bermasaalah. Dari pukul 7 pagi sampai ke petang, saya yang mahir memasang komputer masih belum dapat memasang dengan sempurna. Akhirnya saya dapati ada “compatibility issues”. Bergegas saya ka Sim Lim Square, masa tu macam Imbi Plaza di Malaysia.
Bila saya siapkan semua komputer-komputer tersebut, sudah hampir pukul 12 malam. “Pekerja” gudang tersebut sudah hendak tutup gudang. Saya pun menumpang rumah pakcik untuk bermalam di Singapura. Esok paginya saya siapkan pembungkusan komputer-komputer tersebut, dan masukkan ke dalam kontena untuk dihantar ke Brunei.
Saya pun balik ke Malaysia. Ada sedikit cerita cemas di Imigresen, tapi itu cerita lain kali, kalau ada yang berminat.😁.
Jadi, apa cerita ini bersangkut paut dengan dapat kredit dari pembekal perkakasan komputer dari Singapura? Cerita pendeknya, seperti ini….
Dua minggu kemudian, saya dapat panggilan dari Singapura. “Hello Mr Rose Tan, I am Devon from Singapore”. Itu lah mula titik perkenalan dan saya mendapat kredit untuk mengimpot perkakasan komputer dari Singapura.
Rupa-rupanya, pekerja gudang itu, adalah bos syarikat tersebut. Ini lebih kurang, kata dia sendiri, “I have never seen a Malay, comes to work at 7 am, work non stop till nearly 12 midnight. You did not eat, drink or even go to the toilet! Me and my partner wants you to sell our computer. We give you credit.” MasyaAllah!
Macam tu la cerita ringkas saya dapat kredit dari pembekal Singapura. Dan jika, kita jaga nama kita, hendak dapat pinjaman tunai pun mudah. Jaga lah nama kita dengan baik, in shaa Allah Tuhan pelihara kita.
“Jalan terus, menuju jalan yang lurus.”