Salam sejahtera usahawan-usahawan semua. Semuga terus maju dan berilmu.
Kegagalan itu satu perspektif (pandangan). Ada yang kata, ia bukan kegagalan, tetapi satu cara untuk dielakkan jika mahu berjaya. Ada juga yang kata, belum rezeki kamu lagi, sebab orang lain buat macam kamu, elok je berjaya.
Nasihat dan pemikiran saya, bina dari kejayaan-kejayaan kecil. Mula dengan kaedah mengikuti “Trend”. Contoh, sekarang di pekan/kampung kamu, jualan ‘Teh Ais Kao’ sedang rancak jualannya, cari lokasi yang sesuai sampai dapat, dan buat yang sama.
Menjadi “peneraju” bukan mudah. Cuba berborak dengan generasi yang meredah hutan membuka kampung di tempat kamu. Tanya berapa ramai yang akhirnya masih di kampung itu dari jumlah asal peneroka “peneraju”? Tetapi lihat sekarang, berapa ramai yang makmur menjadi pengikut?
Memang benar, peneraju yang kental, berdaya tahan dan terus maju, in shaa Allah, akan mendapat imbuhan yang lumayan. Namun risiko mereka tinggi, berbanding pengikut, imbuhan mungkin kurang lumayan, tetapi berisiko rendah.
Ada sesiapa sudi berkenalan dan berbual dengan peneraju komputer peribadi bumiputra di zaman 80an? Saya sudi aturkan untuk berkongsi pengalaman dengan beliau 😁.
“Jalan terus, menuju jalan yang lurus”.