Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat-sahabat usahawan semuanya.
Pada hari Khamis 13hb Julai 2017, 8 30 malam, alhamdulillah saya telah keluar di HyppTV saluran 420, rancangan “Turun Naik CEO, Episod 6”.
In shaa Allah ada rancangan ulangan. Boleh juga lihat “history” channel 420 di HyppTV.
Tolong kongsikan episod ini jika sesuai untuk dijadikan tauladan atau pengajaran:
Untuk pengetahuan semua, ada 13 episod kesemuanya. Sesiapa yang ingin “belajar” melalui kesilapan-kesilapan hamba-hamba Allah S.W.T. ini, sila lihat dan ikuti kesemua episod. Episod baru “Turun Naik CEO” pada setiap malam Khamis jam 8 30 malam di saluran 420 HyppTV.
Saya pasti, ada banyak ilmu, pengalaman dan pelajaran yang boleh difahami, secara sedar, separa sedar dan tidak sedar.
Sila kongsikan kesemua episod-episod ini, supaya usahawan-usahawan lain juga akan mendapat manafaatnya.
Terima kasih saya ucapkan.