Untuk belajar dengan cepat, saya cadangkan:
1) “Tiru, tapi jangan tipu”. Contoh, kita hendak belajar melukis, cari seseorang yg pandai/hebat melukis. Mula tiru sebanyak boleh. Gunakan berus lukisan yg sama. Kerusi yg sama. Kanvas yg sama. Cara duduk yg sama. Gaya melukis yg sama. Suasana yg sama. Lagi banyak yg anda boleh tiru, lagi hampir anda kepada kehebatan pelukis hebat itu.
Tapi jangan tipu. Lukisan anda, bukan lukisan yg dia hasilkan. Dan lukisan dia, bukan anda punya. Akui, anda banyak meniru cara dan gaya dia.
Jika ada yg tidak/kurang setuju dengan teknik meniru untuk cepat belajar, sila PM saya. Sebelum itu, cuba teka kenapa kamu berbahasa sama dengan ibu bapa kamu?
Ya, kita semenjak dilahirkan, sudah jadi peniru yg hebat. Selamat meniru, tapi jangan tipuuuuu!
Cadangan kaedah/cara untuk menjadi pakar “expert”.
2) Praktis. Untuk menjadi pakar “expert”, cara yang paling senang/mudah, kita kena praktis, praktis dan praktis.
Cuba fikirkan, seorang yang praktis main badminton, hari hari dengan seorang lagi yang praktis sebulan sekali. Kalau mereka lawan badminton, kemungkinan siapa yang akan menang?
Jawapan: Selalunya yang praktis hari hari.
Untuk menjadi mahir/pakar, praktis la selalu, apa yang kita ingin menjadi mahir. Mungkin kita ingin mengasah kemampuan kita memberi persembahan dikhalayak ramai, jadi, sentiasa rebut peluang untuk bercakap (praktis) dihadapan orang ramai.
Seorang yang mempunyai talipinggang hitam dalam karate, mahir tidak lebih dari 10 dasar pergerakkan. Yang ditekankan adalah, ulang dan ulang, pergerakkan yang sama, hingga menjadi otomatik dan sangat tepat!
Untuk mengembangkan dan menaiktaraf kepakaran anda, saya mengesyorkan untuk berkongsi ilmu anda tentang kepakaran anda itu.
3) Berkongsi ilmu.
Anda sudah dapat mempelajari ilmu itu dengan meniru. Dan anda telah menjadi pakar, kerana banyak praktis. Sekarang untuk naik ketahap yang lebih tinggi, anda disyorkan untuk berkongsi ilmu anda itu.
Lebih banyak anda berkongsi ilmu anda itu, lagi banyak habuan-habuan yang anda akan perolehi. Secara otomatik:
1. Ilmu anda bertambah. Paling sikit, ilmu berkongsi ilmu.
2. Minda anda tambah aktif, boleh melihat dari berbagai sudut, yang sebelum ini kabur.
3. Lebih berinovasi, dari pandangan dan pendapat mereka-mereka yang anda berkongsi ilmu tersebut.
Dan banyak lagi.
Kalau kurang percaya, amalkan lah tiga langkah yang saya syorkan. Mulakan dengan langkah pertama.
In shaa Allah anda akan diberkati, dunia dan akhirat.
Coach Rostam 2016.