Siapa hendak bersama-sama saya memulakan dan menjayakan satu program, “Jom Belanja Makan”?
Sila baca posting saya sebelum ini, “Kisah Video Menyentuh Hati Sedang Viral” untuk memahami bagaimana tercetusnya ide ini. Setelah berbincang dengan kawan-kawan dan kenalan-kenalan, saya ingin mengajak semua yang mengenali saya untuk memulakan program ini. Tujuan utama program ini adalah untuk sesiapa yang tidak berkemampuan untuk makan pada masa itu ada tempat untuk mendapatkan makanan. Cadangan saya, untuk membuat program ini mudah dan telus.
Cadangan-cadangan saya ini boleh diperbaiki dan sekiranya kurang bernas, boleh dibincang untuk ditukar kepada yang lebih mudah, telus dan efektif. Tugas utama kita adalah untuk mempastikan program ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Cadangan saya adalah seperti berikut:
- Membuat satu sesawang untuk menjalankan dan memantau program ini.
- Memulakan dengan satu premis restoren/kedai makan/gerai yang boleh menyediakan makanan dan air bungkus berharga RM 5.
- Premis pembekal makanan, perserta JBM dan yang membelanja makan mesti berdaftar di dalam sesawang yang disediakan.
- Semua transaksi dilakukan dipremis pembekal makanan atau mengunakan talian Internet.
Sasaran peserta JBM adalah sesiapa yang kurang mampu untuk mendapatkan makanan, terdiri daripada:
- Golongan fakir dan miskin.
- Pelajar kekurangan dana.
- Kakitangan yang kehilangan pekerjaan.
Gambar-gambar di bawah hanya sebagai hiasan dan peringatan kita semua:
Saya akan memulakan satu whatsapp group untuk memulakan perbincangan bagaimana untuk memulakan program ini. Sila hubungi saya melalui whatsapp di 019 2200044.
Terima kasih saya dahulukan.
“Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi?”