Mari kita berkongsi, apa ciri-ciri kehebatan E-Dagang yang merangkumi seluruh dunia?
1) Tidak kira umur. Tiada terhad kepada batasan umur. Mungkin, seorang bayi tidak dapat menjalankan perdagangan ini, kerana beliau belum mempunyai akal dan sifat yang sempurna. Batasan yang ada lebih merupakan undang-undang negara tersebut.
2) Tidak kira kedudukan anda di dalam masyarakat atau tempat kerja. Sesiapa boleh memulakan perdagangan ini, jika mampu. Selalunya, semua orang mampu, tapi tidak mahu, dengan memberi berbagai alasan. Apabila, sudah tersepit, dan betul-betul kurang mampu, baru hendak mencuba.
3) Tidak kira anda berbangsa apa pun. Yang penting anda mempunyai kerakyatan sah negara tersebut!
4) Tidak kira kelulusan. Samaada sekolah rendah atau universiti. Tiada kelulusan apa-apa pun boleh mencuba. Yang penting, usaha gigih, tabah dan mahu belajar dan mendengar panduan mereka-mereka yang telah berjaya!
5) Tidak kira anda berada di mana. Berdagang di Alam Maya, hanya perlukan Internet!
6) Tidak perlu modal yang besar. Kalau hendak buka gerai burger pun, perlu lebih kurang RM 5 ribu! Pendapatan berniaga gerai terhad.
7) Tidak terhad pendapatan. Terpulang kepada kegigihan, kebijaksanaan, ketabahan, keinginan dan daya saing maju anda, pendapatan anda TIADA HADnya!
8) Tidak berdagang seorang diri. Anda diwajibkan membina rangkaian perdagangan yang luas, dibantu dan membantu sesama sendiri.